Oleh : LOPUNG
SEJARAH bermula apabila
Datuk Harris Salleh pada ketika itu dikatakan membuat tindakan yang telah
melukakan hati seluruh rakyat KDM di Sabah iaitu menghapuskan Perayaan Hari Ester
yang dirayakan oleh penganut Kristian di Sabah.
Manakala Pesta Kaamatan yang
dirayakan oleh suku kaum Kadazandusun ketika itu akan ditukar kepada Pesta
Rakyat.
Tiada langsung pintu
demokrasi terbuka untuk perundingan dan pertukaran pendapat; malah begitu mudah
menukar status bumiputera kepada pribumi serta penyerahan Pulau Labuan kepada Kerajaan
Persekutuan yang kini digelar Wilayah Persekutuan Labuan.
Pairin amat tidak bersetuju
dengan perubahan ini sehingga dia dipecat daripada Kabinet Harris. Semenjak
dari hari itu, Pairin telah banyak membuat perubahan yang ketara dari segi
pembangunan dan kebajikan kepada rakyat Sabah. Pembinaan jalanraya, kemudahan
yang lain.
Sejak Berjaya dikalahkan
oleh PBS yang baru menjangkau 40 hari penubuhannya, telah terbukalah pintu
demokrasi di negeri Sabah. Selama ini, sesiapa yang ingin bertanding akan
dihukum, namun kekuatan semangat dan keberanian untuk berubah yang ditunjukkan
oleh Pairin ketika itu telah merubah segalanya.
Sejak dari hari itu juga,
banyak kaedah dan program yang dilaksanakan untuk membantu rakyat. Antaranya
adalah dengan memperkasakan Yayasan Sabah dan subsidiarinya yang serba sedikit
memberi pulangan kepada rakyat Sabah. Bantuan seperti bantuan buku, kasut dan
pakaian kepada anak-anak sekolah serba sedikit membantu ibubapa untuk membeli
keperluan ini.
PBS pada ketika itu juga
amat lantang menyuarakan suara rakyat yang melibatkan Perkara 20, Projek IC,
PATI, Royalti Minyak, pembangunan yang tidak setara dengan Semenanjung pada
ketika itu sehinga PBS agak sukar untuk ditewaskan oleh Kerajaan BN;
sehinggalah kejatuhan kerajaan PBS pada tahun 1994 apabila 3 pemimpinnya keluar
parti setelah menang tipis dengan Barisan Nasional.
Walaupun telah jatuh namun
perjuangan Pairin diteruskan bagi membela nasib rakyat sehinggalah PBS masuk
semula dalam komponen Barisan Nasional yang ditinggalkannya suatu ketika
dahulu.
Berbanding dalam Pembangkang
pada ketika dahulu dan kini dalam BN, PBS tidak serik-serik menyuarakan masalah
dan hak rakyat Sabah. Setiap masalah akan dibincang bersama bagi memastikan
segala keperluan rakyat dipenuhi.
USNO pada suatu ketika
dahulu adalah sebuah parti yang teguh dan kukuh serta banyak menyumbang kepada
pembangunan negeri Sabah sehinggakan Tun Mustapha dipanggil Bapa Pembangunan Sabah.
Namun apa yang berlaku,
hampir keseluruhan pemimpin dan penyokong parti ini ingin membubarkan USNO dan
membawa masuk UMNO ke negeri Sabah. Semua penyokong USNO telah menyatakan
sokongan kuat terhadap kepimpinan UMNO ketika itu dan USNO lenyap ditelan
zaman.
Manakala khidmat dan
sumbangan USNO kepada rakyat Sabah telah dilupakan secara total. Keringat
pemimpin terdahulu telah dilupakan. Penat dan susah payah pemimpin terdahulu
telah dimakan anai-anai. Walau USNO telah cuba dibangkitkan semula, tetapi
menempuh pelbagai halangan; terutama sukar didaftarkan menyebabkan mereka terus
kempunan untuk bertanding dan kini terpaksa bergabung dengan STAR pimpinan
Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Persoalannya, adakah PBS
juga harus dikuburkan ke dasar laut dan layak untuk dibaham oleh ikan jerung? Tidak
layakkah PBS memimpin KDM kerana dikatakan sebagai kuda tunggangan UMNO? Tidak
layakkah PBS diundi kerana sudah tidak mampu bersuara untuk menyelesaikan
masalah rakyat?
Adakah parti STAR adalah
wadah perjuangan masa kini untuk membela nasib rakyat Sabah terutama KDM di
Sabah? Adakah 7 agenda STAR itu mampu menjadi ukuran kepada memperjuangkan hak
rakyat Sabah?
Saat sinar mentari dilitupi
awan kelabu di siang hari, ribut kencang meniup gumpulan awan menerangi siang
dan memberi sinar seluruh pelusuk negeri Sabah. Kaum KDM kini mudah lupa.
Ketika saat pintu demokrasi terbentang luas yang dibawa oleh angin perubahan
PBS suatu ketika dahulu, akan hilang ditelan zaman.
Kini rakyat Sabah memerlukan
seorang pemimpin agung yang memimpin suku kaum KDM, Pairin Kitingan muncul kembali
untuk memberi sinar harapan dan perjuangan kepada masyarakat KDM.
Pairin telah berusaha untuk
menuntut hak rakyat Sabah. Walaupun di saat PBS jatuh pada tahun 1994, hampir
semua pemimpinnya meninggalkan parti termasuk Jeffrey Kitingan, adik Pairin
sendiri. Di saat semua pemimpin PBS yang lompat parti telah kalah di tangan
pemimpin baru PBS, Jeffrey masuk semula ke dalam PBS dan menang dalam PRU 1999
tetapi beliau telah sekali lagi mengkhianati PBS dan meninggalkan PBS untuk
menyertai parti lain.
Sehingga kini kerjasama yang
terjalin antara komponen BN telah banyak memberi manfaat kepada rakyat Sabah
dan sama-sama bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI)
bagi menyelesaikan masalah PATI dan projek IC di Sabah.
Ramai tidak sedar bahawa peranan
PBS dalam kerajaan dan bekerjasama dengan parti komponen BN telah banyak
membantu pembangunan negeri Sabah. Sebenarnya semua 7 Agenda yang diperjuangkan
oleh STAR, sudah lama diperjuangkan oleh PBS.
Jadi haruskah PBS
dilenyapkan dalam muka bumi ini? Haruskah peranan PBS selama ini tidak perlu di
banggakan? Haruskah perjuangan Pairin bersama PBS selama ini tidak diiktiraf?
Seandainya jawapan 'Ya', maka USNO telah melalui perkara yang sama dan kini
ingin dibangkitkan kembali, namun melalui perjalanan yang amat sukar. Sebaliknya
PBS masih releven membela rakyat negeri Sabah.
USNO sudah lama dibubarkan dan tidak lagi relevan pada masa sekarang.
ReplyDeletelebih baik bergabung dengan parti lain.
DeletePemimpin seperti Harris Salleh nampak banyak sangat kesilapan yang dilakukan pada masa lalu.
ReplyDeletekesilapan dia membuat Sabah jadi mcm ni.
DeleteSudah pastilah PBS masih relevan sehingga sekarang. Kerana PBS tetap menjadi pemerintah bersama dengan BN. Tapi tidak bagi USNO yang hilang entah kemana.
ReplyDeleteBetul..Tambahan lagi USNO telah lama dibubarkan dan lama tidak kedengaran. Cuma timbul sekarang cuba untuk dibangkitkan semula. Tapi tidak tahu apa cerita lagi mengenai USNO adakah diluluskan atau tidak.
ReplyDeleteusaha menghidupkan USNO hingga kini makin blum berjaya.
DeleteUSNO sudah tidak relevan di sabah...pasal tu lah ahli dan pemimpin USNO dulu bersepakat untuk membubarkan USNO..
ReplyDeleteUSNO dah dibubarkan, sukar untuk USNO hidup semula.
DeletePBS pula masih kekal relevan hingga ke hari ini..ini terbukti dengan kemasukan ahli baru di kalangan golongan muda..
ReplyDeleterakyat yang tentukan mereka relevan lagi atau tidak.
ReplyDeleteJawapan yang amat mudah. Tentulah PBS yang masih relevan.
ReplyDeletePendaftaran USNO juga ditolak.
ReplyDeleteRamai tidak sedar bahawa peranan PBS dalam kerajaan dan bekerjasama dengan parti komponen BN telah banyak membantu pembangunan negeri Sabah.
ReplyDeleteHubungan baik ini harus terus dijalinkan agar pembangunan Sabah adalah positif dan menghala arah yang positif juga.
PBS masih mengutamakan perjuangan dan hak milik penduduk di Sabah.
ReplyDelete"SIAPA MASIH RELEVAN, PBS ATAU USNO?"
ReplyDeletemestilah PBS.. takkan USNO pula.. USNO sudah lama dibubarkan la..
kekuatan BN Sabah juga banyak bergantung kepada pengaruh PBS di negeri ini..
ReplyDelete