Wednesday 26 September 2012

SOKONG NAJIB TAPI TIDAK MENGUNDI BN





TOLAK.....Kajian terbaru UMCEDEL menunjukkan antara faktor utama penolakan BN ialah isu integriti pemimpin BN dan Umno.

Oleh : K PRAGALATH

PETALING JAYA: Program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya meningkatkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional, menurut kajian  Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Kajian yang dilakukan dalam bulan Mac hingga April dan bulan ini menunjukkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada golongan berpendapatan kurang dari RM 3000 berkesan.

Kajian pertama yang dilakukan dari 31 Mac hingga 15 April menunjukkan 66 peratus menyokong BN. Hanya 24 peratus tidak bersetuju dan 10% tidak pasti.

Kajian kedua pula dari 1 hingga 16 September pula menunjukkan 61 peratus bersetuju, 23 tidak bersetuju dan 16 peratus tidak pasti.

Trend sama dapat dilihat melalui program perkhidmatan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik 1Malaysia (K1M).

68 Peratus Setuju KR1M

Sebanyak 68 peratus bersetuju dengan perkhidmatan KR1M berbanding dengan 28 peratus yang tidak dan 12 peratus tidak pasti empat bulan lalu.

Pada bulan ini pula, 56 peratus setuju, 26 peratus tidak bersetuju manakala 18 peratus tidak pasti.

Perkhidmatan klinik 1Malaysia pula diterima baik oleh 74 peratus dalam bulan April berbanding 65 peratus  bulan ini.

Seramai 2282 responden telah menyertai kajian ini di dalam bulan April manakala 1536 responden menyertainya bulan ini.

Bagaimanapun terdapat kemerosotan sokongan terhadap Najib.

56 Peratus Terima Najib

Sebanyak 56 peratus terima baik pendekatan Najib terhadap masyarakat bukan Melayu di dalam bulan April namun penerimaan ini merudum kepada 43 peratus  bulan ini.

Meskipun pendekatan Najib mendapat sokongan rakyat, beberapa isu nasional dijangka akan menjadi batu penghalang untuk menukar sokongan kepada undi.

Isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan,  kilang nadir bumi Lynas, dan integriti pemimpin BN bakal memberi cabaran.

Kajian yang dibuat menunjukkan 65 peratus  dari 2, 282 responden dalam bulan April dan 55 peratus dari 1, 536 responden dalam bulan ini merasakan isu NFC boleh menjejaskan prestasi BN dalam pilihan raya umum ke 13.

Isu Lynas turut memperlihatkan trend yang sama dimana masing -masing 64 peratus  dan 59 peratus  akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Integriti Pemimpin Umno Dan BN

Isu yang lebih membimbangkan BN ialah 70 peratus  yang ditinjau dalam bulan April yakin bahawa isu integriti pemimpin Umno dan BN akan mengalihkan undi kepada Pakatan. Di dalam bulan ini pula, sebanyak 66 peratus  masih yakin.

Ini tidak bermakna Pakatan Rakyat akan mempunyai jalan mudah ke Putrajaya.

Percanggahan pendapat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dilihat sebagai halangan utama pengundi menyokong Pakatan Rakyat.

Sebanyak 55 peratus  bersetuju bahawa percanggahan pendapat bersetuju faktor percanggahan menjadi faktor penolak Pakatan Rakyat dalam bulan April dan 59 peratus  bersetuju dalam  bulan ini.

Tinjauan yang dibuat turut mendapati terdapat peningkatan penolakan Pakatan Rakyat kerana kelemahan pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat yang didedahkan oleh media massa.

49 Peratus BN Terus Berkuasa

Sokongan meningkat lima peratus kepada 48 peratus bulan ini berbanding 43 peratus  pada bulan April lalu.

Dari sudut keyakinan terhadap pakatan politik yang akan menerajui kerajaan persekutuan, 49 peratus yakin pemerintahan BN akan berterusan dalam bulan April manakala hanya 44 peratus  senada di dalam bulan ini.

Bagaimanapun tinjauan terbaru di Selangor menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan kuasa.

Sebanyak 50 peratus  yakin Pakatan Rakyat akan berkuasa.

Keadaan di Kedah berlainan kerana dalam bulan April hanya 37 peartus yakin Pakatan Rakyat berkuasa berbanding bulan ini di mana terdapat peningkatan sokongan sebanyak 48 peratus.

Pola di Kelantan pula cenderung kepada Barisan Nasional. Ini kerana keyakinan responden terhadap Pakatan Rakyat jatuh dari 44 peratus kepada 41 peratus manakala keyakinan terhadap BN meningkat dari 27 peratus kepada 32 peratus.(FMT)


14 comments:

  1. Although the 13th GE will show tight competition but BN will eventually win.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musathail untuk BN kalah. Ramai yang akan sokong BN tu nanti.

      Delete
  2. kajian dan ramalan ni belum lagi menunjukkan realiti yang sebenar. apapun, tunggulah PRU nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kajian ini tidak mengambarkan pola pengundian sebenar...kita tunggu saja pru13 nanti.

      Delete
    2. ya, keputusan sebenar hanya diketahui selepas PRU.

      Delete
  3. bagaimana pula dengan sabah dan sarawak? pru13 nanti, sabah dan sarawak yang akan menjadi the king maker...

    ReplyDelete
  4. Apapun kita tunggu dan lihat dululah. Hanya masa mampu mendedahkan segalanya.

    ReplyDelete
  5. Datuk Najib perlu memastikan yang mana setiap pemimpin bawahan perlulah memastikan kepentingan rakyat dapat diberikan.

    ReplyDelete
  6. Jika dilihat sekarang ini memang pelbagai berita negatif daripada pembangkang mengenai Kerajaan BN. Tapi menjadi masalah adakah benar atau tidak mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  7. rakyat kena memilih kerajaan yang benar2 dpt membawa kepada pembangunan.

    ReplyDelete
  8. keputusan sebenar akan diketahui pada PRU nnti.

    ReplyDelete
  9. setiap orang ada pilihan sendiri mahu undi parti mana.

    ReplyDelete
  10. apa pun dengan perlaksanaan pelbagai program untuk membantu rakyat BN semakin kukuh.

    ReplyDelete
  11. Program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

    ReplyDelete