Tuesday, 18 September 2012

ULANG TAHUN KE-4 PEMBOHONGAN ANWAR




JIJIK......Politik jijik dan kotor semakin meningkat hanya disebabkan cita–cita dan impian seorang individu untuk menjadi Perdana Menteri negara kita.

Oleh : SHEN YEE AUN

PADA setiap tahun sejak 1963, 16 September  merupakan hari untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia. Sepanjang lima dekad ini, negara Malaysia telah ditadbir oleh kerajaan Barisan Nasional yang telah melalui liku perjalanan yang penuh dengan cabaran dan rintangan daripada kuasa asing.

Sebelum ini Malaysia diancam oleh kuasa asing seperti British, Jepun, Belanda, Singapura, Indonesia, Filipina dan sebagainya tetapi kini bumi yang bertuah ini pula menerima ancaman daripada anasir dalaman (Pakatan Rakyat) untuk meruntuhkan tamadun Malaysia yang sudah lama dibina oleh Barisan Nasional.

Politik jijik dan kotor semakin meningkat hanya disebabkan cita–cita dan impian seorang individu untuk menjadi Perdana Menteri negara kita.

Adakah keseluruhan kemajuan, kestabilan dan kedaulatan negara kita hendak kita robohkan hanya demi membantu memenuhi hawa nafsu seseorang individu untuk menjadi Perdana Menteri negara kita?

Dahulu bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Bidayuh dan pelbagai rakyat etnik Malaysia hidup dengan aman dan bersatu. Namun, perpaduan dan keamanan yang sudah lama kita nikmati bersama sudah berada pada tahap keretakan sejak penubuhan Pakatan Rakyat yang sanggup bersikap 'Machiavelli' dengan melakukan apa sahaja demi menawan Putrajaya.

Mereka terus memainkan sentimen perkauman bagi membakar api kemarahan dan kebencian rakyat terhadap sesebuah kerajaan yang sudah lama berbakti dan berjasa kepada negara.

Mereka terus menyemarakkan api kemarahan dan kebencian rakyat dengan menumpah minyak penipuan dan pembohongan. Mereka sanggup menaburkan janji–janji yang tidak realistik demi memberi harapan palsu kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk menjanjikan bumi dan langit.

Mereka sanggup merisikokan keselamatan rakyat dan nyawa ribuan rakyat Malaysia dan memperdaya mereka untuk bangkit bertindak ganas dan berdemonstrasi di jalanan.

Negara Malaysia, sekiranya rakyatnya tidak membuka mata dan telinga dan terperangkap dalam agenda jahat Pakatan Rakyat, sudah semakin hampir dengan ambang zaman kegelapan.

Runtuhnya tiang Barisan Nasional yang selama ini menunjangi kestabilan, keamanan dan perpaduan negara Malaysia maka runtuhnya sinar dan cahaya negara Malaysia yang tercinta.

Mereka terus menjampi dan memukau rakyat dengan segala seribu harapan yang realitinya indah khabar dari rupa.

Laungan reformasi mereka hanya akan membasikan negara kita. Laungan Bersih mereka hanya akan membersihkan segala nikmat yang telah lama kita kecapi. (FMT)

10 comments:

  1. Betul..Kita harus tahu yang mana Anwar cuba untuk mencapai cita-citanya dengan melakukan apa saja asalkan cita-cita tercapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cita2 Anwar jadi PM mungkin tidak akan kesampaian.

      Delete
    2. Cita-cita Anwar adalah untuk menjadi PM

      Delete
  2. Semua ini terhalang setelah Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan. Bagus juga jika tidak pasti Negara kita tidak akan berada seperti sekarang ini.

    ReplyDelete
  3. Anwar dengan kebangganya. Mungkin akan bersara tahun depan

    ReplyDelete
  4. Anwar mmg raja pembohong, raja drama, raja pusing. jgn percaya pada dia.

    ReplyDelete
  5. DSAI sampai bila2 pun takkan jadi PM. Perjuangan beliau hanya untuk dapatkan jawatan tersebut.

    ReplyDelete
  6. Anwar kalau tidak membohong, memang tidak sah.. dari sakndal liwat, seks sehingga la politik, semua dia bohong..

    ReplyDelete
  7. semua pemimpin2 yang melompat akibat termakan dengan janji2 Anwar juga sedang dibohongi oleh Anwar.. tunggu ada masanya mereka akan menyesal kerana ikut cakap pemimpin penipu ini..

    ReplyDelete