Sunday 3 October 2010

KE MANA WARGA CINA DI SABAH?



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

MALANG benar bagi Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau kerana menjadi warganegara Malaysia yang bukan sahaja tidak dapat mengundi pada pilihanraya umum lalu disebabkan PATI telah mengundi bagi pihak mereka; malah mereka juga diculik oleh PATI yang memiliki MyKad Malaysia sebelum dijual kepada Kumpulan Serpihan Abu Sayyaf di Filipina sejak 8 Februari 2010.

Jika mereka warga Amerika, England atau Israel, sudah pastinya Kerajaan Malaysia akan bertungkus lumus untuk membebaskan mereka sekalipun terpaksa menggunakan dana yang besar disebabkan pengaruh Amerika yang menguasai dunia.

Ke mana perginya semua rakyat Malaysia berketurunan Cina yang kaya raya daripada projek BN atau konsesi kayu balak kerana enggan menghulurkan walau satu ‘peso’ untuk membantu membebaskan Tsen dan Lai dengan harga yang begitu murah iaitu RM1juta seorang; lebih murah daripada satu kilometer jalan raya di Sabah.

Bukankah Liew Kuat Kiong, jutawan yang dilahirkan oleh BN mendapat kontrak menimbus tapak POIC yang bernilai hampir setengah billion yang sebelum ini mendapat anugerah 25,000 hektar tanah pertanian di Bongaya setelah membantu BN RM50 juta untuk membiayai pilihanraya umum Sabah 2008?

Begitu juga dengan tokoh politik paling berpengaruh di Sabah iaitu Datuk Albert Lim yang turut mendapat 25,000 hektar tanah pertanian setelah menghulurkan RM50 juta pada pilihanraya umum Sabah 2008 dan kini hampir pasti mendapat konsesi mengendali Terminal Feri di Kompleks SAFMA Tawau yang telah dijual kepada Sabah Port Authority (SPA).

Kenapa Liew atau Albert Lim enggan menghulur RM500,000 setiap seorang bagi melengkapkan dana yang telah berjaya dikumpul keluarga mangsa iaitu RM1 Juta?

Agak hairan juga kenapa Jutawan Balak Sabah dan Tokoh Penggubahan Wang Haram, Michael Chia Tien Foh yang ditangkap bersama 16 juta dollar Singapura di Lapangan Terbang Chek Lap Kok Hongkong tidak membantu keluarga mangsa sedangkan beliau mempunyai wang tunai lebih 720 juta USD dan hartanah bernilai lebih 500 juta USD.

Apa tiga pemimpin Cina dalam Kabinet Sabah termasuk Datuk Yee Moh Chai (Sotong), Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Datuk Peter Pang buat untuk dua mangsa culik berkenaan?

Apakah mereka mahu mengharapkan bantuan Jamal Pak Tongko di Kampung Lupak Meluas yang dirobohkan rumahnya oleh MPS untuk membantu dua mangsa culik yang secara kebetulan berasal daripada Sandakan?

Pada 16 September 2010, keluarga mangsa dihalang menemui Perdana Menteri untuk memohon bantuan terakhir, namun ada pihak yang berjanji membantu sehingga Perdana Menteri yang mendapat tahu kes berkenaan mengarahkan Menteri Luar dan Ketua Polis Negara segera menamatkan krisis tebusan yang sudah hampir 8 bulan bagi menyelamatkan maruah Malaysia.

Sehingga berita ini ditulis, pihak polis masih buntu dan mereka yang arah memungut dana belum dapat berbuat apa-apa ketika Juruperunding masih menanti-nanti dalam keadaan nyawa dua tebusan masih dalam bahaya kerana penculik dan tebusan semakin tertekan akibat terkepung di sebuah pulau di Jolo, Filipina.

Kerajaan Filipina, termasuk Presidennya juga tidak jujur kerana ramai calon yang berjaya menggunakan isu berkenaan untuk memenangi pilihanraya umum Filipina tetapi selepas mereka menang nasib dua tebusan berkenaan masih dalam dilema.

Setakat ini, Mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee belum dapat dihubungi untuk meminta komen atau bantuan kerana beliau masih berada di luar kawasan menumpukan sepenuh perhatian mempromosi SAPP di luar bandar.

“Kami masih berharap agar Datuk Yong Teck Lee bermurah hati membantu membebaskan keluarga kami yang diculik pada 8 Februari lalu. Tolonglah,” ujar Datuk Seri Chong Man Tong melalui telefon setelah juru perunding tidak dapat berbuat apa-apa setakat ini.

No comments:

Post a Comment