Sunday, 3 October 2010

KETUA WANITA UMNO ALIBABA KONTRAK?



Oleh : KREW SABAHKINI.NET

PROGRAM turun padang hari ini, 2 Oktober sangat memberangsangkan di Kg Kelanyaan, Lagud Seberang, Tenom kerana perjalanan ke kampung berkenaan benar-benar mencabar disebabkan struktur jalanrayanya masih lagi di tahap jalanraya zaman 60-an.

Jalanraya yang tidak berturap, masih bertanah merah, sangat mendukacitakan. Adakah ini suatu hadiah kemerdekaan Negeri Sabah dari Kerajaan di bawah naungan BN untuk pengundinya yang setia mengundi mereka dalam PRU12 selama beberapa tahun lalu? Pada hal rakyat Sabah sudah merdeka selama 47 tahun.

Kebajikan penduduk terpencil ini benar-benar dinafikan sama sekali oleh kepimpinan UMNO/BN. Jika dilihat dari segi kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas memang langsung tidak pernah dinikmati sama sekali oleh penduduk kampung berkenaan.

Rombongan kepimpinan Ketua Cabang PKR Tenom yang menjenguk mereka di pedalaman ini merasa sangat sedih melihat corak kehidupan mereka. Selaku Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman merasakan mereka tidak sepatutnya diabaikan oleh Kerajaan BN memandangkan biarpun susah untuk keluar dari kampung, mereka tetap berusaha untuk keluar mengundi.

Namun sayang sama sekali pengorbanan mereka tidak dihargai oleh kepimpinan UMNO/BN. Kewujudan hak mereka seolah-olah dinafikan sama sekali bak kata pepatah ‘Selepas melalui jambatan, tongkat dibuang’.

Setelah 47 tahun merdeka, tiada satu pun kepimpinan UMNO/BN bermurah hati untuk menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur buat mereka. Pemimpin UMNO/BN hanya pentingkan diri sendiri dan kroni-kroni di sekeliling mereka sahaja. Kebajikan rakyat yang telah mengundi mereka dan meletakkan mereka di suatu kedudukan yang amat selesa, akan tetapi ternyata para pemimpin UMNO/BN tidak bijak menghargai pengorbanan rakyat setempat.

Dalam ucapannya, Halik berkata sekiranya PKR/PR berjaya menawan tampuk pemerintahan negara dan negeri, insya Allah mereka akan menyediakan pelbagai kemudahan untuk penduduk di pedalaman.

“Biar penduduk pedalaman sama-sama menikmati segala kemudahan yang sekarang ini dikecapi hanya untuk penduduk di Bandar-bandar besar sahaja. Pemimpin PKR berjanji untuk terus membela dan mengubah nasib mereka yang berada di pedalaman.”

Halik bertanya, apakah pernah YB-YB BN yang ada sekarang ini melawat mereka di Kg Kelanyaan, jawabnya cukup sinonim, “TIDAK PERNAH”.

Inikah ertinya slogan ‘rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan?’ Mungkin pencapaian poket sendiri dan kroni-kroni di utamakan, rakyat biarlah dibelakangkan dengan menghadapi penghidupan miskin papa kedana.

"Lihat sahaja jambatan sungai padas melintasi ke kampung Entabuan Tenom, harganya berates-ratus juta. Dengar khabar dari mulut ke mulut kontraknya diberikan kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Tenom dan khabar angin meniup kontrak tersebut di Ali Babakan kepada seorang kontraktor Asing,” kata Halik yang menyebut jambatan sedia ada masih boleh digunakan dan kenapa peruntukan tersebut tidak digunakan untuk menurap jalanraya Kampung Kelenyaan.

Tegas Halik lagi, Kenapa mesti Ketua Wanita UMNO Bahagian Tenon yang dapat kontrak tersebut? Pada hal dia tidak ada pengalaman lalu meng-Ali Babakan kepada orang lain? Tentunya harga pembinaan jambatan Sungai Padas tersebut lebih mahal dari yang sepatutnya, maka sebab itu kontrak itu di Ali Babakan?

"PKR Cabang Tenom akan menyiasat khabar angin tersebut sama ada benar atau tidak. Jika kami mendapati perkara itu benar berlaku, maka kami akan buat laporan kepada SPRM untuk menjalankan penyiasatan terperinci," tegas Halik lagi.

No comments:

Post a Comment