Sunday 3 October 2010

LEMBAGA HOSPITAL TENOM ANGKAT SUMPAH

KHIDMAT….Kapitan Yong Yau Cheng ketiga dari kiri duduk bersebelahan dengan Dr Ferous bersama AJK Pelawat Hospital yang berikrar akan berkhidmat dengan lebih bersemangat.

Oleh: MAIL MATHEW

JAWATANKUASA Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tenom bagi sesi baru 2010-2013 dalam mesyuaratnya baru-baru telah memilih semula penyandang Pengerusi Jawatankuasa itu Kapitan Yong Yau Cheng untuk penggal ke-2 bertempat di Bilik Taklimat Hospital Tenom pada Jumaat yang dipengerusikan Pengarah Hospital Dr Ferdous.

Perlantikan jawatankuasa baru itu susulan daripada penerimaan perlantikan mereka daripada Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Liow Tiong Lai pada Ogos lepas setelah jawatan penyandang lama telah tamat tempoh penggal mereka.

Barisan jawatankuasa baru menyaksikan kebanyakannya di kalangan pemimpin muka baru yang sudah tentu bakal memikul tanggung jawab berat ketika hospital itu yang telah berusia lebih 50 tahun sering menerima rungutan rakyat, khususnya para pesakit disebabkan kedaifannya.

Menurut Timbalan Pengerusi, Simon Mamat ketika ditemui Sabahkini.net menjelaskan bahawa barisan jawatankuasa baru mempunyai tugasan yang sangat penting dalam merealisasikan misi dan visi hospital itu untuk memenuhi kehendak pesakit yang memerlukan sebuah hospital yang dilengkapi kemudahan teknologi termoden.

Dalam pada itu, kedaifan Hospital Tenom, lebih-lebih lagi ia pernah mengalami banjir kilat telah mendapat perhatian malah kritikan yang meluas daripada orang ramai termasuk pembangkang yang meminta kerajaan agar sebuah hospital baru yang dilengkapi peralatan canggih dibina dengan sewajarnya.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tenom sesi 2010-2013:-

Pengerusi: Kapitan Yong yaw Cheng

Timbalan Pengerusi: Simon Mamat

SetiausahaSiti Hamsatol Binti AbuBakar

BendahariAnthony Chong Kong Ming

AJKLiew Kuoh Yit, Kong Nyet Lee, Chin Choi Ngo, Koh Fook Min, Lim Yit Sin, Fung Fung Fui Kong, Fung Pui Cheng, Justin Abus.

No comments:

Post a Comment