Monday 18 October 2010

PPPM DAPAT LESEN BUKA MESIN JUDI DI LABUAN?



Saudara Pengarang,

PERSATUAN Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) membuka sebuah kelab di tepi Milimewa Supermarket Labuan dan menerima ahli (membership) dengan bayaran RM20 seorang.

Kelab ini dilengkapi dengan mesin judi dan turut mempamerkan lesen yang dikeluarkan oleh Perbadanan Labuan. Manakala Lesen Judi pula dikeluarkan oleh Menteri Kewangan.

Namun benarkah Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Mohd Najib mengeluarkan lesen mesin judi untuk PPPM di Labuan?

Sebagai penduduk Labuan, kami amat kecewa kerana Labuan kini sudah dibanjiri oleh Sindiket Pelacuran berlesen dan ditambah lagi dengan kegiatan judi haram mesin kuda atau slot mesin.

Buat masa ini sudah ada lebih daripada enam (6) premis judi yang beroperasi di Labuan dan tiada sebarang tindakan oleh pihak berkuasa tempatan dan penguatkuasa undang-undang.

Kami meminta jasa baik Ketua Polis Negara menghantarkan Unit D7 secara senyap-senyap ke Labuan untuk membersihkan daripada pelbagai kegiatan haram seperti GRO menyalahguna permit pelayan dan kerja sebagi pelacur berlesen, judi, mesin haram semata-mata perana pegawai tempatan terjebak dengan rangkaian berkenaan.

Salam Hormat,

ANTI JUDI

No comments:

Post a Comment