Monday, 18 October 2010

EDWARD KONG KENCING DALAM GELAS POLIS?



‘THE UNTOUCHABLE’ KARAOKE DI LABUAN?

KIKIS IMEJ WILAYAH PELACURAN LABUAN?


Oleh: KREW D7 SABAHKINI.NET LABUAN

PENDUDUK Labuan terkejut dengan tindakan seorang lelaki yang bernama Edward Kong yang berani ‘kencing’ di dalam gelas polis apabila membuat laporan polis terhadap Sabahkini.net yang didakwa memfitnah beliau dan polis.

Mengikut laporan Daily Express bertarikh 10 September 2010, polis telah membuka dua kertas siasatan di bawah Sekyen 500, Kanun Keseksaan ekoran laporan yang dibuat Edward Kong yang selama ini dikenali sebagai ‘talibarut’ polis yang rasuah dan salahguna kuasa.

Mantan Pengerusi Persatuan Pemilik Pusat Hiburan Labuan itu (Edward Kong) mendesak polis menjalankan siasatan berdasarkan dua artikel Sabahkini.net yang menyebut nama beliau dalam artikel bertarikh 18 Ogos dan 1 September 2010 berhubung kegiatan pelacuran dan pemerdagangan orang.

Sehubungan itu, Polis Labuan melancarkan operasi memburu penulis Sabahkini.net dan ingin mendapatkan keterangan daripada Editor Sabahkini.net yang kini berada di luar negara atas urusan peribadi dengan menyerbu beberapa lokasi yang sebelum ini menjadi pusat operasi Sabahkini.net.

Dalam hal ini, sewajarnya, Polis mengambil pendekatan bijak menahan Edward Kong kerana membuat laporan palsu dan menyalahgunakan kuasa polis untuk menutup kejalangannya; bukannya memburu penulis Sabahkini.net yang mendedahkan Skandal yang sudah lama tersembunyi, terutama polis yang mengamalkan rasuah sehingga kanak-kanak sekolah rendah di Labuan rendah tahu apa itu Pelacuran dan GRO.

Krew D7 Sabahkini.net mencabar Edward untuk membuktikan bahawa beliau tidak terlibat jenayah yang dilaporkan Sabahkini.net dan mempelawa Edward melantik ‘Peguam Terhandal’ di Labuan untuk menyaman Sabahkini.net untuk membersihkan namanya yang semakin kotor oleh tangannya sendiri.

Dalam keadaan terdesak, Edward Kong mungkin terlupa bahawa beliau pernah mengutip antara RM1,000 sehingga RM3,000 daripada semua pemilik Pusat Hiburan di Labuan untuk menganjurkan Perlawanan Golf Persahabatan sempena Lawatan Pesuruhjaya Polis Sabah ke Labuan, ketika itu Datuk Mangsor Ismail, sekitar 2006.

Jika Edward Kong lupa, beliau boleh bertanyakan kepada DSP Kamis Daming yang ketika itu sebagai Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan sebelum beliau ditukarkan ke Lahad Datu sebagai Ketua Polis Daerah Lahad Datu.

Oleh kerana pada saat akhir, Datuk Mangsor membatalkan lawatan ke Labuan, maka Perlawanan Golf berkenaan juga terbatal, namun tiada siapa tahu ke mana wang pungutan tersebut dibelanjakan keran pemilik Pusat Hiburan yang mengadu kepada Sabahkini.net bahawa wang yang dipungut tidak dikembalikan.

Persoalannya, kenapa setiap Pusat Hibutan mahu menaja sehingga ribuan ringgit jika mereka tidak bersalah atau melakukan kegiatan haram yang menyalahi undang-undang; semata-mata hanya untuk ‘mencium punggung Datuk Mangsor’. Bukankah ketika itu Edward broker ‘polis’ kerana memungut wang daripada Pusat Hiburan?

Sebelum Krew Sabahkini.net membongkar kegiatan maksiat di Labuan, Edward Kong selalu kelihatan bersama pegawai polis minum-minum di Kopitiam, Golf Club dan Coffee House di bangunan Shore Services.

Mengikut tinjauan Sabahkini.net, ramai penduduk Labuan tahu apa kegiatan Edward Kong selama ini dan yang paling penting siapa pegawai yang beliau pelihara dengan wang dan perempuan selama ini.

Mungkin tiba masanya Sabahkini.net mendedahkan semua gambar yang diambil selama pengintipan yang dilakukan oleh Krew D7 Sabahkini.net Labuan sejak 3 bulan lalu, namun atas nasihat Peguam, Sabahkini.net terpaksa membatalkan niat untuk menyiarkan gambar dan bukti lain kerana akan digunakan di mahkamah kelak disebabkan Edward Kong ingin menyaman Sabahkini.net.

Tiba masanya pegawai polis, Imigresen dan Kastam yang berurusan dengan Edward Kong selama ini bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana beberapa laporan rasmi berserta bukti telah dihantar kepada Menteri Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment