Tuesday 9 November 2010

CABARAN KEDAULATAN 20 PERKARA



Oleh : NASPAZI

SESEORANG yang membesar di Istana, tentunya memahami tatacara budaya kehidupan mereka yang berpangkat besar. Justeru, seseorang yang berlagak bongkak di khalayak lantaran mendapat sedikit pangkat akan kelihatan janggal dan begitu meloyakan.

Demikianlah juga yang berlaku kepada seseorang yang bijaksana. Sekalipun mungkin ia mengetahui standard kejahilan orang yang jahil, kerana sebelum menjadi bijaksana ia pernah jahil dan orang yang jahil pula tidak mengetahui standard kebijaksanaan orang yang bijaksana, kerana ia tidak pernah menjadi bijaksana; namun, seseorang yang bijaksana tidaklah wajar berlagak bongkak dengan memandang rendah orang lain atau seseorang yang dianggap jahil.

Contohnya, seorang professor yang mengemukakan soalan, apakah Tuhan yang menciptakan segala yang ada? Apakah kejahatan itu ada? Apakah Tuhan yang menciptakan kejahatan? Sebagai seorang yang beragama, sudah tentulah jawapan yang diberikan oleh mahasiswanya mengaku bahawa, Tuhan yang menciptakan semuanya. Justeru, seorang professor yang bongkak akan memberi hujah bahawa, jika Tuhan yang menciptakan segalanya, bermakna Tuhan juga yang menciptakan Kejahatan. Lantaran kejahatan itu ada, maka Tuhan itu adalah kejahatan. Oleh sebab itu, agama dan Tuhan hanyalah mitos.

Demi amanah sebagai mahasiswa fizik, Albert Einstein telah menyanggah pandangan professornya dengan hujah bahawa, ‘Tuhan tidak bermain dadu’ di samping mengemukakan soalan balas, iaitu apakah sejuk itu ada? Apakah gelap itu ada? Apakah kejahatan itu ada? Dengan pongah dan selamba professornya menjawab bahawa sejuk itu ada, sebab itu ada ais. Gelap itu ada, sebab itu ada malam. Kejahatan itu ada, sebab itu ada jenayah.

Lantas Albert Einstein, bangun semula untuk menyatakan bahawa, sejuk itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang dianggap sejuk itu adalah ketiadaan haba. Suhu 460F adalah ketiadaan haba sama sekali. Semua partikel akan menjadi beku dan tidak bergerak pada suhu tersebut. Manusia yang menciptakan kata ‘sejuk’ untuk menjelaskan ketiadaan haba.

Gelap juga tidak ada. Gelap adalah keadaan tanpa cahaya. Cahaya boleh dipelajari, gelap tidak. Prisma Newton boleh digunakan untuk memecahkan cahaya menjadi beberapa warna bagi mempelajari pelbagai ukuran gelombang setiap warna. Tetapi manusia tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur dengan berapa keamatan (intensity) cahaya di ruangan tersebut. Kata gelap digunakan oleh manusia untuk menjelaskan ketiadaan cahaya.

Kejahatan juga tidak ada. Kejahatan adalah ketiadaan iman kepada Tuhan. Serupa dengan sejuk atau gelap, ‘kejahatan’ adalah kata yang digunakan oleh manusia untuk menjelaskan ketiadaan iman kepada Tuhan. Tuhan tidak menciptakan kejahatan. Kejahatan adalah hasil dari tidak adanya kasih sayang Tuhan di dalam hati manusia. Sama seperti sejuk yang timbul dari ketiadaan haba dan gelap yang timbul dari ketiadaan cahaya.

Sesungguhnya wajah asli alam kenegaraan Persekutuan Malaysia, dalam konteks perjanjian ’20 perkara’ yang secara benarnya menjadi intipati pembentukan Malaysia, yang juga mendasari kewujudan negara Malaysia, betapa senario atau situasi di atas dapat menggambarkan bahawa, niat jahat yang amat merugikan hanya dapat dilawan atau dihancurkan dengan kebijaksanaan saintifik.

Dengan kata lain, jika cendekiawan Sabah serius dan dedikasi, ingin melihat kebangkitan Sabah Baru menjadi sebuah negara yang sungguh-sungguh memiliki kuasa autonomi, sebagaimana yang termaktub atau dimaktubkan di dalam perjanjian perkara 20, yang juga telah disepakati dan ditandatangani bersama oleh pimpinan negara-negara yang terlibat pada 9 Julai 1963, maka langkah yang sewajarnya ialah bersatu, dengan penekanan bahawa, seluruh cendekiawan Sabah hendaklah bersatu dengan membentuk sebuah ‘pasukan cendekiawan Sabah’ yang perkasa dan mampu berdepan dengan kecurangan dan kedajalan melayu UMNO di tempat, di mana ‘20 Perkara’ ditandatangani. Tempat itu adalah London, di hadapan Ratu England.

Mengapa saya mengesyorkan kewujudan bersepadu ‘pasukan cendekiawan Sabah’ dalam usaha menjunjung kedaulatan perjanjian ’20 Perkara? Sebabnya antara lain ialah, saya menjangkakan bahawa, dalam kesungguhan menjunjung kedaulatan penuh perjanjian ’20 Perkara’, nescaya proses pembentukan Malaysia yang telah menjadi sejarah tidak boleh diabaikan atau diketepikan begitu saja.

Dengan ungkapan lain, bagaimana proses pembentukan Malaysia dijalankan, demikianlah juga proses yang bakal ditempoh atau dihadapi oleh pejuang kedaulatan ’20 Perkara’, hatta ke peringkat antarabangsa. Jangan lupa bahawa, dalam peringkat awal proses pembentukan Malaysia, bukan sahaja melibatkan British, tetapi juga melibatkan PBB (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu). Demikianlah yang saya maksudkan dengan ungkapan, melawan kecurangan atau ‘kebenaran di hujung lidah’ Melayu UMNO dengan kebijaksanaan saintifik. Sementelahan, hukum ini dinamakan ‘Kusut di hujung, lari ke pangkal’ gamaknya.

Dalam konteks negara Sabah, jangan ada satu etnik yang mencuba menegakkan kerajaan sendiri tanpa mengambil kira kerjasama antara pelbagai etnik, agar kezaliman tidak berlaku kepada etnik yang lain dalam percaturan kuasa politik sampah. Wajah politik Sabah juga hendaklah memperjuangkan politik demokrasi transperans demi kebaikan, keamanan, kedamian dan kesejahteraan bersama bermasyarakat dan bernegara.

Tegasnya, satu keazaman politik baru oleh ‘pasukan cendekiawan Sabah’ untuk Sabah bukan sampah, bahkan cahaya baru yang menyinari kegelapan, wajah politik baru oleh ‘pasukan cendekiawan Sabah’ untuk Sabah yang bersinar, yang menginspirasikan harapan baru.

Dengan perkataan lain, betapa pengujudan dan kebangkitan ‘pasukan cendekiawan Sabah’ bermakna prinsip kebenaran, keadilan dan kasih sayang sesama manusia berdiri dan didirikan di bumi Sabah, agar paradigma dan minda seluruh warga tulen Sabah bergerak seperti garisan bersinar yang mampu menembusi kegelapan politik ketamakan dan penghinaan sekian tahun oleh Melayu UMNO ke atas Sabah dapat dihancurkan.

Justeru, wajah politik pintar ‘pasukan cendekiawan Sabah’ kelak tidak memerlukan atau menghendaki kehadiran kelibat politik Malaya. Saya tegaskan bahawa, keazaman dan semangat ini adalah jalur pimpinan sahih yang wajib bagi Sabah bermasyarakat dan bernegara, sebagaimana yang terkandung dalam memorandum ’20 Perkara’ syarat pembentukan Malaysia.

Dalam tata hukum bermasyarakat dan bernegara persekutuan, sebagaimana yang telah ditunjukkan dengan jelas oleh gagasan persekutuan Great Britain, yang merangkumi Australia, British, Canada dan New Zealand, yang wajib difahami oleh warga Sabah, memang sah bahawa seluruh parti politik yang bersifat Malaya atau parti-parti politik yang diimport dari Malaya bukan sahaja tidak wajar, bahkan wajib dihancurkan atau dikiamatkan, kerana melanggar memorandum ‘20 Perkara’ yang menyatakan bahawa, ‘Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri’. Dan lagi, ‘Ketua Negeri di Borneo Utara tidak seharusnya tertakluk kepada pemilihan sebagai Ketua Persekutuan’.

Saya tegaskan bahawa, pemimpin terdahulu kerajaan Sabah telah mengambil bahagian dalam usaha kemerdekaan, demokrasi dan kemakmuran untuk Sabah dalam lingkungan batas perjanjian perkara 20 yang menjadi intipati kewujudan Malaysia menjadi sebuah negara baru di persada dunia pada 16 september 1963.

Justeru, adalah menjadi kewajipan dan hak setiap warganegara Sabah sekarang dan selamanya untuk mempertahankan hak tersebut dari dirampas atau dirompak oleh kecurangan sistem politik sampah melayu UMNO yang hendak mencuba belajar untuk menjadi penjajah.

Bahkan, adalah sangat bahaya kepada setiap bangsa, golongan, etnik dan suku kaum tulen dalam konteks Sabah sekiranya dasar ‘IC Projek’ Melayu UMNO diteruskan atau dibiarkan. Oleh itu, seluruh warga tulen Sabah bersatulah untuk menamatkan kecurangan sistem politik sampah Melayu UMNO, dengan mewujudkan Sabah Baru yang dinamik. demokratik, bebas, aman dan makmur.

Justeru, sebarang percubaan untuk menjadikan atau menganggap perjanjian 20 Perkara’ dalam konteks pembentukan Malaysia atau sistem kenegaraan Malaysia sebagai tidak relevan, mereka wajib dicampak ke dalam tong sampah sejarah!

No comments:

Post a Comment