Oleh: KREW SABAHKINI.NET
DALAM tempoh tidak sampai satu minggu lagi, Persatuan Blogger Sabah (PBS) akan menutup keahlian seumur hidupnya melalui pendaftaran secara online di laman www.sabahkini.net.
Timbalan Presiden PBS, Adlie Ayob ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata, pihaknya terpaksa membatalkan lebih 300 permohonan keahlian kerana pelbagai sebab termasuk kerana blog mereka tidak dapat dilayari atau kerana berunsur pornografi dan menghasut secara membuta tuli.
“Kita tidak faham apakah mereka menganggap PBS tempat untuk bersandiwara kerana mereka bersungguh-sungguh mendaftar blog mereka tetapi apabila blog mereka tidak dapat dilayari atau kosong, kita akan tolak serta merta,” ujar Adlie yang bertanggung jawab melatih pada blogger secara online dan insitu.
Menurut Adlie, beliau agak kesal kerana ramai blogger enggan menimba ilmu sedangkan PBS menyediakan latihan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan dan tidak ramai yang berminat untuk ‘muncul’ atau menyertai latihan yang dianjurkan berdasarkan keperluan.
“90 peratus blogger di Sabah masih berada tahap amatur dan tidak memahami etika kewartawanan dan menulis di blog mereka sekali-sekali sehingga sasaran PBS untuk melahirkan ramai Blogger yang berjiwa pejuang belum kesampaian,” tegas Adlie yang menggesa agar ahli PBS menghantar karya mereka kepada Sabahkini.net sebelum menerbitkan karya mereka di blog masing-masing setelah disiarkan Sabahkini.net.
Namun kecenderungan para blogger menyiarkan karya mereka di blog masing-masing kata Adlie, menunjukkan ketidak seragaman dan ketidak sungguhan ahli untuk meningkatkan mutu karya, terutama yang telah disiarkan di Sabahkini.net telah diterima sebagai berita rasmi dan diambil tindakan sewajarnya oleh pihak berkenaan.
Berhubung tarikh akhir untuk para blogger mendaftar sebagai ahli seumur hidup secara online kata Adlie tidak akan dilanjutkan sekalipun tidak mencapai sasaran 300 orang kerana kebanyakan yang mendaftar tidak memenuhi criteria mudah yang ditetapkan iaitu warganegara Malaysia yang berasal atau menetap di Sabah, sekurang-kurang mempunyai satu blog dan boleh dilayari.
“Pada jam 12 tengah malam, 30 November 2010, kita tidak akan menerima lagi keahliaan seumur hidup dan keahlian bersekutu hanya kita terima selepas mesyuarat Agung,” ujar Adlie yang menggesa agar para blogger melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan undang-undang terutama memahami Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Hasutan bagi mengelakkan mereka diambil tindakan menurut undang-undang yang berkuatkuasa.
Adlie memaklumkan pihaknya akan melancarkan laman web PBS ketika pemasyhuran PBS secara rasmi dalam waktu terdekat.
maaf, saya dah beberapa kali mau online PBS melalui sabahkini. net yang tuan paparkan, tetapi tidak boleh dilayari..mungkin blooger lainpun hdapi masalah yg sama...
ReplyDeletetak ada masalah. semua boleh mendaftar dengan sempurna. sila klik di www.sabahkini.net
ReplyDelete