Sunday 21 November 2010

VK LIEW FITNAH YONG TECK LEE?



Oleh: GAPILUS MAGIE

PENJELASAN antara sebab kekalahan Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee di PRK Batu Sapi sepertimana yang dihuraikan oleh Presiden LDP, Datuk VK Liew merupakan suatu andaian semata-mata mengikut pandangan beliau sendiri, tanpa melakukan anilisis yang tepat secara professional.

Sesiapa juga yang membaca dan merenung pendapat VK Liew, dengan mudah dapat menangkap isi kandungan kenyataan Liew itu yang boleh disifatkan sebagai berat sebelah dan berbaur fitnah yang bertujuan tidak lain; mahu mendorong pemikiran pengundi dan masyarakat Cina, sama ada di kawasan Parlimen Batu Sapi mahupun Parlimen Sandakan bahawa kepimpinan Datuk Yong Teck Lee perlu ditolak.

VK Liew Ahli Parlimen Sandakan, mahu tidak mahu terpaksa melakukan kesinambungan strategi yang dilakukan BN ketika memperdayakan pengundi Cina di Batu Sapi kerana beliau sedar bahawa kedudukan politiknya semakin goyah dan lantaran itu beliau mulalah takut akan baying-bayangnya sendiri; apa lagi beliau berada di tengah-tengah kelompok masyarakat Cina sebagai pengundi tegar Parlimen Sandakan, yang kebanyakkannya penyokong kuat Yong Teck Lee (YTL).

Datuk VK Liew yang boleh diibaratkan sebagai cuba mengambil kesempatan di dalam kesempitan kerana beliau (Liew) terus menerus menggunapakai isu-isu PRK Batu Sapi untuk menyemarakkan lagi sentimen rakyat/pengundi Cina Batu Sapi dan Sandakan sebagai senjata Liew pada PRU13.

Datuk VK Liew tidak harus membuang masa dengan mencerca YTL dengan mengungkit pelbagai tuduhan palsu, tetapi sebaliknya masa yang banyak terluang itu, adalah lebih baik beliau tumpukan untuk memperbaiki hubungan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Shu Phin dengan kepimpinan BN negeri, khususnya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang sebelum ini tidak sehaluan dalam serba serbi.

Umum telah mengetahui bahawa akibat ketidak serasian tindakan dan keputusan VK Liew dalam mengatur anak-anak buahnya mengakibatkan Timbalan Presidennya bertindak di luar jangkaan, sehingga menyebabkan kerenggangan kerjasama dan persefahaman dengan BN Negeri pimpinan Musa; sekaligus LDP kehilangan seorang Naib Presiden yang juga Timbalan Ketua Menteri yang terpaksa meninggalkan LDP gara-gara kegagalan VK Liew membaiki hubungan dengan pemimpin BN Negeri.

Bukan sahaja setakat itu, malah LDP pimpinan VK Liew turut kehilangan banyak pemimpin di kawasan akar umbi di seluruh Sabah yang telah berhijrah ke parti komponen lain kerana telah hilang kepercayaan dan keyakinan kepimpinan Liew dan LDP yang disifatkan oleh masyarakat Cina diibaratkan sebagai ‘seekor anjing yang sekadar pandai menyalak tetapi tiada gigi berbisa untuk menangkap mangsanya’.

Selain itu, maruah Setiausaha Agung LDP, yang juga Wakil Rakyat Tanjong Kapor, Datuk Teo Chee Kang yang pernah diperlekehkan oleh Ketua Daerah dari UMNO Kudat sepatutnya adalah menjadi tanggung jawab VK Liew membawa perkara tersebut untuk diperbetulkan di meja rundingan BN Negeri, tetapi sebaliknya Liew membiarkan isu tersebut menjadi ‘panas’ di kalangan UMNO dan LDP.

Persoalannya sekarang, siapakah sebenarnya mempunyai kualiti kepimpinan yang boleh menjadi sandaran kepada masyarakat Cina di negeri ini sama ada Liew atau Yong? Kegagalan VK Liew mengemudi bahtera LDP sehingga terlepas pemimpin berjawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah kerana hilang kepercayaan kepimpinan bossnya walaupun masih dalam gagasan BN menjadi tunggak kelemahan VK Liew yang bukan pilihan masyarakat Cina sebagai sandaran mereka.

Datuk VK Liew tidak perlu mempersoal kelibat Yong ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah selama dua tahun (1996-1998) kerana dalam masa sesingkat dua tahun, Yong telah dapat melakukan yang terbaik untuk rakyat Sabah; antaranya pengeluaran lebih 48 ribu geran tanah, tetapi berbanding dengan Liew selaku Timbalan Menteri Persekutuan hampir dua penggal, apakah sumbangan Liew kepada rakyat Sabah terutamanya masyarakat Cina di Sandakan?.

Sebenarnya isu yang dihangatkan Liew seperti SARS dan dakwaan pengagehan tanah tanah di kawasan Tongod habis diageh-agehkan kepada kroni Yong, adalah mustahil boleh dilakukan Yong dengan semudah itu tanpa melalui wakil rakyat di kawasan itu atau sekurang-kurangnya Pegawai Daerah yang meluluskan pemberian tanah menerusi mesyuarat LUC.

Mengenai SARS, disebabkan masalah tersebut diklasifikasikan sebagai SULIT dan RAHSIA sesiapa juga tidak dibenarkan untuk membincangkan pengendaliannya secara terbuka walaupun Yong suatu ketika dahulu pernah meminta pihak berkuasa supaya dokumen berkenaan di ‘De-classified’ untuk semakan umum, namun permohonan beliau tidak diluluskan.

No comments:

Post a Comment