Saudara Pengarang,
KAWASAN ini cukup menarik kerana pesisiran pantainya yang indah. Ramai pengunjung yang datang pada waktu petang dan sebagai perbandingan, anggaran saya pada petang tersebut sebanyak 30 buah kenderaan berada di Dataran Bengkoka ini. Ini menunjukkan kawasan ini menjadi tumpuan pada waktu petang dan hujung minggu.
Tapi sayangnya, kunjungan saya ke Dataran Bengkoka pada 27 November 2010 yang lalu disambut dengan deretan dan longgokan sampah serta najis lembu yang bertaburan.
Pada pendapat saya, sampah ini bertaburan di sekeliling tong sampah kerana sudah lama tidak dikutip oleh pihak yang bertanggungjawab. Begitu juga dengan najis lembu yang bertaburan di pondok-pondok tidak dibersihkan atau dibuang sehinggakan najis lembu ini sudah kering dan sekeras batu.
Agak menyedihkan kawasan rekreasi tumpuan ramai ini dibiarkan begitu sahaja.
SANALEH
Kota Marudu
No comments:
Post a Comment