Tuesday 23 November 2010

PENDAPATAN PETANI US$15000, DONGENG MODERN?



Saudara Pengarang;

DALAM Daily Express kelmarin (22/11/10), Timbalan Ketua Menteri Sabah telah menyatakan mengenai sasaran pendapatan petani pada tahap US$15,000 setahun dan mengariskan 5 strategi untuk mencapai sasaran peningkatan pendapatan petani di Sabah.

Sasaran dan strategi ini sangatlah baik dan impian semua petani. Walau bagaimana pun terdapat beberapa kekangan dan isu yang perlu ditangani untuk mencapai sasaran pendapat ke paras US15,000 seperti berikut:

1. Pekebun getah di Sabah tidak memperolehi harga yang sama dengan petani getah di Semenanjung dan Sarawak. Harga getah kentalan di Semenanjung dan Sarawak adalah RM5.80-6.70/kilo sedangkan di Sabah hanya RM 4.80 se kilogram. Perbezaan harga julat RM1.00-2.00/kilo. Monopoli oleh Agensi Kerajaan berkenaan mengekang harga yang di terima oleh Pekebun Gatah di Sabah.

2. Pekebun Sawit di Sabah dikenakan cukai RM50 setan tandan sawit. Cukai ini mengurangkan pendapatan pekebun sawit. Cukai yang bertujuan untuk pembaikkan jalan-jalan ladang ke ladang-ladang tidak dapat dilihat; jalan-jalan ke ladang-ladang sangat teruk dan hanya 4WD saja boleh jalan.

3. Pekebun Buah-buahan seperti jambu air, betik, dan lain-lain memperoleh harga lebih rendah berbanding dengan petani di Semenanjung; contoh harga jambu air sekilogram di Semenanjung (KL) adalah RM12 sekilo; di Sabah hanya RM3.

Jestru itu isu harga komoditi dan hasil pertanian perlu di tangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti Kementerian Pertanian. Harga komoditi dan hasil perlu sama di Sabah dan Semenanjung serta Sarawak atas dasar 1 Malaysia dan rakyat didahulukan dan pencapaian jentera kerajaan yang mantap.

Janganlah agensi kerajaan mengambil peluang menekan harga hasil pertanian/ komoditi. Tolonglah capaikan impian sasaran pendapatan petani Sabah ke paras US$15,000 setahun atau terus menjadi Dongeng Modern yang didendangkan ban Dunia.

Sekian, Salam Hormat,

JOE

No comments:

Post a Comment