Saturday 27 November 2010

DAP AKAN TERIMA ‘TELUR BUSUK’ DI PEDALAMAN?



Saudara Pengarang,

TERKILAN dengan gelagat pemimpin DAP Sabah yang sanggup menjadi ‘Boneka’ kepada BN ketika PRK Batu Sapi seperti yang dilaporkan portal terkemuka Sabahkini.net dan juga akhbar-akhbar tempatan; memperlihatkan kematangan dan kebolehpercayaan pemimpin DAP khususnya, Dr Hiew Keng Chew, Dr Bosi dan Jimmy Wong yang begitu rendah sekali dalam sejarah politik tanah air sejak merdeka 47 tahun lalu.

Saya (mewakili rakan seperjuangan pembangkang di pedalaman) terpanggil untuk meluahkan rasa kesal dengan tindakan tidak beretika yang mereka tunjukkan itu dan boleh disifatkan sebagai ‘musuh dalam selimut’, semata-mata memuaskan hawa nafsu mereka yang didorong oleh perasaan balas dendam.

Sesungguhnya SAPP bukan dalam gagasan pembangkang atau Pakatan Rakyat (PR) tidak seharusnya dipandang serong, tetapi sebaliknya tidak salah jika sekiranya ada jalan penyelesaian baru seperti ‘Ikatan Persefahaman’ sebagai ‘Rakan Sehaluan Untuk Satu Tujuan’; seharusnya telah dipupuk dan disemai sebagai langkah permulaan melalui PRK ini, jika pemimpin DAP itu tidak didorong oleh agenda politik lain.

Ekoran kelibat buruk tiga pemimpin DAP itu, menyebabkan timbul banyak kekeliruan dan kecelaruan di kalangan penyokong dan pengundi bumiputra di Parlimen Batu Sapi termasuklah ribuan pengundi atas pagar yang terus sahaja melorongkan sokongan mereka kepada calon BN setelah mendapat maklumat bahawa BN akan menang selesa atas bantuan DAP yang mengarahkan pengundi Cina untuk mengundi BN.

Akibatnya, sebilangan besar kalangan pengundi atas pagar yang meliputi pelbagai kaum tidak mengundi calon PKR Haji Ansari Abdullah gara-gara khuatir mereka akan menjadi mangsa tekanan BN selepas PRK itu.

Walaupun pada ketika itu, maklumat yang diperolehi (wujud kerjasama BN dan DAP) hanya samar-samar kerana ia tersebar dari mulut ke mulut, namun pendedahan media berhubung perkara itu cukup menyakitkan hati dan kesal di atas tindakan DAP itu.

Kepercayaan rakyat, khususnya di kawasan pedalaman terhadap DAP terutamanya politik Hiew dan Bosi sudah menjadi pudar, malah tidak yakin terhadap ketelusan dan keikhlasan dua pemimpin bersifat ‘ular dua kepala’ ini.

Jika boleh, buat masa ini, tiga pemimpin DAP ini janganlah melawat kawasan pedalaman kerana dikhuatiri mereka akan menerima lontaran ‘telur busuk’ sebagai hadiah kepada peranan mereka bersekongkol dengan BN dan menikam SAPP dari belakang.

Adalah diharapkan agar pucuk kepimpinan PR atau DAP menyiasat insiden itu dengan lebih terperinci dan jika mereka ini didapati bersalah atau ada bukti melakukan perkara terkutuk itu, lebih baik kedua-duanya disingkir menjadi ahli PR untuk sesuatu tempoh; kerana selagi Hiew atau Bosi berada dalam pembangkang, tentunya peluang untuk pembangkang menumpaskan BN pada PRU13 amat tipis dan sebagai angan-angan kosong sahaja.

Sekian, Salam Damai.

MICHAEL J

No comments:

Post a Comment