Sunday, 28 November 2010

TYT RASMI IPD TENOM



PERIKSA…TYT memeriksa perbarisan kawalan kehormatan seramai 102 anggota tiga pegawai.

Oleh: MAIL MATHEW

IBU PEJABAT Polis Daerah (IPD) Tenom melakar satu sejarah lagi apabila Tuan Yang Terutama (TYT) Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Ahmad Shah Abdullah berkenan menyempurnakan perasmian IPD baru pada Ahad yang berharga RM25.2 juta di sebuah tapak seluas 5.11 ekar.

Sejurus ketibaan TYT di perkarangan IPD di sini kira-kira jam 9 pagi, TYT telah disambut dengan penuh istiadat kepolisan yang diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Haji Omar dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib serta beberapa Pegawai Kanan PDRM.

Selepas itu, TYT turut memeriksa perbarisan kawalan kehormatan anggota PGA BN 14 seramai 102 termasuk dua Pegawai dan seorang Pegawai Pemerintah perbarisan.

Turut menyambut ketibaan TYT, terdiri daripada Adun Melalap Datuk Radin Malleh yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah; Adun Kemabong Datuk Rubin Balang; Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimie Unggi; Mayor DBKK Datuk Elyas Ibrahim, para Pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta para pemimpin masyarakat tempatan.

Sebelum majlis berakhir, beberapa persembahan kebudayaan tempatan seperti tarian Magunatip dari suku kaum Murut, tarian limbai dari suku kaum Bajau dan tarian kesukuan masyarakat Cina dan juga suku Lundayeh.

No comments:

Post a Comment