Sunday 28 November 2010

MDB TIDAK KUTIP SAMPAH 4 HARI?



MENJIJIKAN MATA….Salah seorang pembantu kedai berhampiran menunjukkan ke arah longgokan sampah sarap yang tidak dikutip oleh pihak yang berkenaan sejak 4 hari lalu.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SIKAP kurang bertangungjawab Majlis Daerah Beluran dalam menjaga kebersihan di Pekan Telupid telah menjadi rungutan oleh para penduduk setempat, khususnya para peniaga yang mengalami masalah bau busuk.

Secara kebetulan Ketua Biro Sabahkini.Net Sandakan berada di pekan Telupid, ternampak beberapa longgokan timbunan sampah sarap di tengah-tengah pekan berkenaan dan satu lagi di pinggir jalanraya yang berhampiran dengan gerai-gerai di situ.

Dalam pada itu beberapa orang peniaga berhampiran yang namanya tidak mahu disiarkan yang sempat ditemui, masing-masing menjelaskan longgokan sampah tersebut sudah empat hari tidak dikutip oleh para pekerja Majlis Daerah berkenaan.

Kata mereka lagi, longgokan sampah berhampiran dengan premis peniagaan itu menjijikan mata memandang, bukan saja kepada penduduk di situ, bahkan juga kepada para pelancong luar yang sering berkunjung pekan kecil itu.

Selain itu rata-rata para peniaga di situ meminta Majlis Daerah Beluran supaya mencari tempat yang sesuai lagi untuk pembuangan sampah kerana tempat yang sedia ada sekarang tidak sesuai dan terlalu dekat dengan premis perniagaan mereka.

No comments:

Post a Comment