Tuesday, 23 November 2010

30 PELAJAR UITM SARAWAK LAWAT SANDAKAN



KENANGAN….Liew (lima dari kiri) bergambar beramai-ramai dengan para pelajar UITM Sarawak.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SATU rombongan seramai 30 orang pelajar semester tiga daripada UITM Sarawak yang datang ke daerah Sandakan telah diraikan dalam satu majlis makan malam di salah sebuah restoran terkemuka di sini semalam.

Ahli Parlimen kawasan Sandakan yang juga selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong adalah merupakan penaja pada majlis tersebut.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan, Puan Noraini Sulong yang merupakan badan penganjur lawatan tersebut ketika ditemui oleh Wartawan Sabahkini.Net; antara lain menjelaskan tujuan lawatan para pelajar UITM itu adalah lawatan sambil belajar khususnya untuk mengetahui lebih dekat lagi adat resam dan budaya sukum kaum masyarakat di Sabah.

Katanya lagi para pelajar ini adalah mempunyai jurusan masing-masing dalam pembelajaran akademik terutama ada jurusan guaman, jurutera, perubatan dan sebagainya.

Selanjutnya, Noraini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Liew kerana sudi menjadi badan penaja majlis makan malam tersebut.

Keesokannya, semua rombongan tersebut telah dibawa oleh Ahli Parlimen Sandakan melawat ke beberapa pulau berhampiran di sini, termasuk melawat ke Pulau Bakongan kecil untuk menemui para penduduk di situ.


No comments:

Post a Comment