Sunday 21 November 2010

PENURAPAN JALAN PITAS-BONGKOL TIDAK BERMUTU?



Saudara Pengarang,

PROJEK tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2008 sejauh 2 kilometer tetapi setelah tiga bulan siap, sudah banyak retakan dan berlubang kerana pembinaan tidak mengikut spesifikasi atau piawaian JKR.

Namun nampaknya tidak ada tindakan pihak yang berwajib dan sekarang ini jalanraya hanya tinggal 20 peratus sahaja dan selebihnya sudah tidak kelihatan lagi, hancur lebur.

Pada awal tahun ini, bermula lagi penyambungan projek tersebut sejauh 6 kilometer dan separuh sudah dibina, malangnya baru sebulan diturap, kini sudah kelihatan beberapa retakan dan lubang.

Justeru itu, kami berharap agar SPRM, Jabatan Audit Negara dan pihak berkuasa campur tangan memantau projek yang dianggap sebagai salah satu projek ‘Top-Up’ di daerah ini kerana mutunya yang rendah dan kosnya pula terlalu tinggi.

Salam Hormat,

MOHD NOOR BIN SIDIKIL

No comments:

Post a Comment