LEBIH kurang 12 jam daripada sekarang, pendaftaran keahlian seumur hidup Persatuan Blogger Sabah (PBS) akan ditutup dan sesiapa sahaja yang mendaftar selepas daripada jam 12 tengah malam ini (30 November 2010) akan menjadi ‘Ahli Bersekutu’ yang tidak berhak bertanding sebarang jawatan atau mengundi untuk memilih jawatankuasa Persatuan Blogger Sabah (PBS) atau mencampuri urusan dalaman PBS.
Amaran juga diberikan kerana semakin ramai ahli yang tidak bertanggung jawab mendaftar blog lucah atau menyenaraikan (link) blog lucah dengan blog sebagai ahli PBS membuatkan lebih 210 ahli telah digugurkan.
Sehubungan itu, PBS memberi notis beramaran agar tidak mendaftar blog lucah, keagamaan dan yang bercanggah dengan undang-undang. Laporan polis akan dibuat terhadap pihak yang masih berdegil dan terus menjadikan kemudahan mendaftar secara online sebagai saluran laman porno.
Bagi mereka yang mendaftar sebagai ahli tetapi blog mereka tidak dapat dilayari, sila daftar semula. Sila gunakan masa 12 jam ini untuk menyatukan semua blogger dan menimba ilmu. Harap maklum!
No comments:
Post a Comment