SABAHKINI.NET memerlukan wartawan di setiap daerah termasuk koresponden di luar Sabah atau di luar Negara; sejajar dengan perkembangan, terutama ketika bahang pilihanraya semakin terasa selepas Bajet Malaysia 2011 dan dua pilihanraya kecil yang baru lalu.
Wartawan yang berminat bolehlah menghantar karya asal mereka untuk dinilai beserta resume dan gambar berukuran passport melalui email sabahkini.net@gmail.com pada atau selewat-lewatnya 25 Disember 2010.
Hanya wartawan yang berpengalaman sahaja yang akan diberi kad pengenalan akhbar untuk mewakili Sabahkini.net dan nama mereka akan disiarkan di laman popular ini pada 26 Disember 2010.
Pelajar universiti, terutama yang mengambil jurusan kewartawan digalakkan menjadi wartawan sambilan dan dibenarkan menggunakan nama pena; tanpa perlu meminta kebenaran dekan.
Kesemua wartawan yang telah dilantik secara rasmi oleh Sabahkini.net layak menyertai Sayembara Kewartawanan Rakyat yang akan dilancarkan pada 14 Februari 2011 untuk mendapat pengiktirafan dan memenangi hadiah menarik.
No comments:
Post a Comment