Tuesday 23 November 2010

LIEW PUPUK CINTAI BUDAYA TEMPATAN




TERHIBUR…Lagu Angin Malam yang dinyanyikan oleh Liew menghiburkan hadirin di majlis Kesenian RT 1 Taman Mesra.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

RAKYAT Sandan, khususnya para penduduk Taman Mesra diseru supaya dapat mengenali lebih dekat lagi kebudayaan tempatan daripada terpengaruh dengan kebudayaan negara luar yang kebanyakannya songsang dan merosakkan akhlak mereka sendiri.

“Di Sabah sendiri mempunyai lebih 30 suku kaum dan oleh itu banyak adat resam dan budaya tersendiri yang telah menjadi tarikan para pelancong luar yang datang ke negara ini khususnya di Sabah,” kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Kiong ketika berucap merasmikan Majlis Kesenian anjuran Rukun Tetangga (RT) Zon 1 sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha Taman Mesra di sini kelmarin.

“Sebagai rakyat Malaysia kita harus mengetengahkan budaya sendiri dan ini jelas pihak kerajaan melalui Kementerian Kesenian dan Pelancongan telah memainkan peranan ke arah merealisasikan setiap budaya dalam satu-satu etnik yang terdapat di dalam negara ini khasnya, di Sabah” ujarnya lagi.




TERIMA KASIH…salah seorang pememang cabutan tiket bertuah telah menerima hadiah berupa hamper daripada Liew

Kata Liew, rakyat Sabah tidak perlu terikut-ikut budaya barat yang memang tidak sesuai dengan mereka kerana budaya tempatan disulam dengan adab sopan.

Liew menambah, usaha seperti yang dilakukan oleh pihak Rukun Tetangga (RT) Zon 1 ini boleh dijadikan teladan kepada mana-mana RT yang ada di daerah Sandakan ini kerana mereka telah berjaya menganjurkan majlis sebegini yang banyak membawa pengertian yang mendalam kepada masyarakat majmuk tentang budaya dan kesenian.

Ditanya mengenai perkembangan dan situasi politik semasa, khusnya kedudukan parti-parti pembagkang di negara ini, Liew menjelaskan pihak pembangkang hanya tahu mengkritik memaki hamun para pemimpin BN dan kerajaan; namun mereka sentiasa menafikan dan mengenepikan segala usaha kerajaan selama ini.


“Walaupun kerajaan banyak menyalurkan pelbagai projek khususnya di luar bandar dan dalam bandar, masih juga tidak diterima. Sayapun hairan apa mereka mahu sebenarnya? Mereka cuba mengajar rakyat jadi jahil dan jahat dengan memesongkan buah fikiran rakyat supaya jadi pemberontak membenci kerajaan,” tegas Liew lagi.

Jiika mereka ingin terus menjadi pembangkang, kata Liew, jadilah pembangkang yang sihat dan sederhana; bukanlah kerjanya hari-hari mencari kesalahan orang lain dan menghasut rakyat berfikiran songsang dan sempit dengan tidak mengenali erti apa itu kemajuan dan pembangunan yang telah dikecapi mereka.

“Macam Yong Teck Lee, sudahpun kalah teruk dengan menerima undi yang sangat memalukan, namun masih lagi mahu 'jual minyak' dan temberang sana, temberang sini, cakap takbur. Berbelit-belit macam ular sawa,” tegas Liew yang menyifatkan masyarakat Cina sudah sedar dengan tipu helah Yong selama ini.

No comments:

Post a Comment