PEMIMPIN tertinggi Pakatan
Rakyat menandatangani Deklarasi Kuching yang menggariskan janji gabungan parti
itu untuk meningkatkan kualiti hidup warga Sabah dan Sarawak dan menghormati
Perjanjian Malaysia 1963.
Peristiharan berkenaan ditandatangani
ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang di Chong Ling Park, Kuching petang Ahad.
Deklarasi tujuh perkara itu,
diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, antara lain menggariskan
janji Pakatan sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum
ke-13.
Berikut adalah isi kandungan
perisytiharan tersebut:
Kerjasama bersekutu;
Kami akan memulihara
intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sarawak dan Sabah
setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sarawak dan
Sabah mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.
Perwakilan yang adil;
Kami akan mempertingkatkan
integrasi nasional di antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia melalui
penggemblengan tenaga dan perkongsian kuasa secara adil yang menjunjung
semangat Perjanjian Malaysia.
Kewarganegaraan;
Kami akan menubuhkan
Suruhanjaya DiRaja bagi menyelesaikan masalah nasional berkaitan pendatang
tanpa izin dan isu-isu kerakyatan, khususnya di Sarawak dan Sabah.
Pengiktirafan hak ke atas
Tanah Adat;
Kami akan menghormati dan
mengiktiraf hak anak watan ke atas tanah adat sepertimana yang tertakluk dan
termaktub dalam Undang-undang Negeri Sarawak dan Sabah dengan menubuhkan
Suruhanjaya Tanah untuk menyiasat, menyelesaikan pertikaian, memperbaharui, menyelidik
dan memulihkan Hak Adat Peribumi ke atas pemilikan Tanah Adat.
Kecekapan dan kemandirian
Sarawak dan Sabah;
Kami akan mengiktiraf
perlantikan rakyat Sarawak dan Sabah untuk memimpin dan memegang jawatan di
Jabatan Kerajaan di negeri masing-masing, dikuatkuasakan oleh
Setiausaha-setiausaha kerajaan kedua-dua negeri dan memberikan keutamaan kepada
rakyat Sarawak dan Sabah di peringkat Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan
tugas di negeri masing-masing.
Keadilan dalam isu minyak;
Kami akan menaikkan bayaran
royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon kepada Sarawak dan
Sabah dari 5% ke 20%.
Pembangunan sekata;
Kami akan membawa tahap
kemajuan infrastruktur di Sarawak dan Sabah setanding dengan perkembangan di
Semenanjung Malaysia.
Nampaknya pelbagai cara telah dilakukan oleh PR untuk mendapatkan sokongan rakyat kedua negeri ini.
ReplyDeletePR tengah memancing undi rakyat Sabah dan Sarawak
Deletejgn mudah terpeday dng PR.
DeleteIsu royalti minya pun cuba dipermainkan oleh Pembangkang lagi. Tapi kalau kita lihat sendiri isu ini telah pun cuba dibincangkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Jadi kita tunggu saja mengenai perkara ini.
ReplyDeleteIsu2 ni akan dimainkan oleh pembangkang untuk menarik perhatian rakyat
ReplyDeleteSemua janji yang dibuat pembangkang memang buat rakyat tergugat tapi sejauhmana mereka boleh tunaikan?janji di negeri tadbiran mereka pun belum lagi tertunai walaupun sudah memerintah bertahun2.
ReplyDeletememberi janji mmg mudah, nak tunaikan tidak mudah.
DeleteTandatangan saja tidak beerti mereka akan kotakannya.
ReplyDeletekenapa tidak buat deklarasi seperti ini sebelum ini? kenapa perlu tunggu bila dekat2 pilihanraya??
ReplyDeletedalam pakatan juga berlaku rampasan tanah, rasuah, janji tidak ditepati, ketidakadilan, tidak bersatu dan ketidakcekapan.. kenapa perlu pilih parti ini?
ReplyDelete