Tuesday 5 February 2013

ELEKTRIK DUA KAMPUNG DI KINABATANGAN







BINCANG....Masiung sedang berbincang dengan pihak SESB Kinabatangan mengenai masalah bekalan elektrik.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KINABATANGAN : Masalah bekalan elektrik yang Kampung Pelangi dan Kampung Warisan Kinabatangan akan dapat diatasi oleh pihak SESB Kinabatangan  dalam masa dua atau tiga hari lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah berkata  demikian sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan SESB Kinabatangan, kelmarin.

Masiung mengadakan perjumpaan tidak formal itu untuk mengetahui lebih dekat lagi mengenai permasalahan bekalan elektrik kedua-dua bauh kampung yang dimaksudkan sambil meminta penjelasan terperinci daripada pihak SESB mengenai masalah tersebut.

“Saya minta kepada orang kampung di kedua-dua kampung berkenaan supaya bersabar mengenai masalah tersebut dan ini tidak lama lagi keadaan akan pulih seperti biasa,” ujarnya.

Kata Masiung, beliau tidak mahu perkara sekecil begini dijadikan isu politik dan propaganda pihak pembangkang yang mendakwa pemimpin dan wakil rakyat BN tidak buat kerja untuk rakyatnya.

Sementara itu, pihak SSB memberi jaminan masalah bekalan eletrik di kedua kampung terbabit akan segera diatasi demi keselesaan penduduk yang berdepan dengan  fenomena tersebut.

No comments:

Post a Comment