DUA LAGI personaliti BN
Sabah - bekas Pembantu Menteri, Yapin Gimpoton dan bekas timbalan menteri
pusat, Datuk Ahmad Shah Tambakau - telah menyertai PKR.
Kedua-duanya - bekas ahli
Berjaya - secara rasmi menyertai PKR sewaktu lawatan Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari lalu.
Dalam satu kenyataan akhbar
semalam, Setiausaha PKR Sabah, Roland Chia berkata perkembangan terbaru itu
merupakan rangsangan untuk Pakatan Rakyat Sabah.
"Kami mengalu-alukan
sesiapa sahaja yang menerima agenda perubahan yang lebih baik untuk Sabah dan
Malaysia melalui platform Pakatan," katanya.
Menurut Chia, Gimpoton
pernah menyokong calon PKR yang bertanding di Kadamaian - kerusi yang pernah
diwakilinya pada tahun 2008.
Bagi Ahmadshah pula, Chia
berkata, beliau kembali aktif dalam politik dengan memberi tumpuan kepada
kerusi parlimen Keningau.
No comments:
Post a Comment