BR1M....Datuk
V.K Liew bersama 4 orang Warga Emas yang tidak terpinggir dalam menerima BR1M 2.0
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata usaha dan inisiatif
kerajaan Barisan Nasional (BN) yang meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)
2.0 adalah merupakan petanda bahawa ekonomi negara ini berkembang pesat, sekali
gus memberikan manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.
Menurut beliau, pemberian
BR1M 2.0 itu turut membuktikan satu lagi siri 'Janji Ditepati' yang
dilaksanakan pihak kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri iaitu Datuk
Seri Mohd Najib Tun Razak ke arah meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk
komitmennya selari dengan Konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian
diutamakan.
Beliau berkata, rakyat
sangat bertuah kerana memiliki sebuah kerajaan yang prihatin memandangkan dalam
BR1M 2.0 ini kriteria penerima bukan sahaja kepada ketua isi rumah yang berpendapatan
di bawah RM3,000 sebulan; malah telah diperluaskan kepada anak-anak muda
berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, di
mana individu bujang ini bakal menerima RM250.
Katanya, bantuan kepada
ketua isi rumah dan individu bujang bukanlah satu langkah untuk mendapatkan
publisiti oleh kerajaan tetapi ia adalah satu manifestasi sebuah kerajaan yang
bertanggungjawab dan mampu mengurus kewangan negara dengan baik serta berhemah.
"Siri-siri janji
ditepati ini tidak hanya akan berhenti di sini saja, malahan akan diteruskan
lagi dengan siri-siri lain demi manfaat seluruh rakyat jelata seperti
memperkenalkan program Kebajikan Rakyat 1Malaysia atau KARISMA; Kedai Rakyat
1Malaysia (KR1M); Klinik 1Malaysia dan 1AZAM," jelasnya.
SESAK....7,760
pengundi Parlimen Sandakan berpusuk-pusuk menunggu di luar Dewan Masyarakat
untuk menerima BR1M RM500
Liew menyatakan demikian
kepada pemberita semasa ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan BR1M 2.0
kawasan Parlimen P.186 Sandakan di Dewan Masyarakat, di sini, kelmarin.
Pada majlis itu, seramai
2,267 orang penerima dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Papat
masing-masing menerima baucar RM500 yang disampaikan Liew; manakala sebelah
petangnya pula menyaksikan 5,493 lagi penerima dari DUN Elopura. Keseluruhan
penerima untuk dua DUN berkenaan bagi fasa pertama ini adalah 7,760.
Sehubungan dengan itu, Liew
yang juga merupakan Ahli Parlimen Sandakan memberitahu dia akan berusaha
membela nasib rakyat terutama memastikan warga bandar ini mendapat manfaat
setiap program pembangunan dilaksanakan pihak kerajaan.
"Di sini, saya ingin
mengajak seluruh rakyat agar mengekalkan kerajaan BN sebagai parti pemerintah
memandangkan bantuan rakyat sebegini hanya boleh dilaksanakan melalui kecekapan
dan tadbir urus yang baik.
"Dalam hal ini, kita
nampak kejayaan kerajaan dalam membela nasib rakyat dan untuk BR1M 2.0 ini saja
ianya akan memberikan manfaat kepada kira-kira 4.3 juta isu rumah dan 2.7 juta
individu bujang dengan melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM3 bilion.
Jangan sesekali lupa perkara ini.
"Saya sungguh gembira
menyaksikan rakyat mendapat BR1M 2.0 yang pastinya usaha ini akan meringankan
beban mereka. Saya optimis bahawa kerajaan BN akan mendapat mandat besar pada
pilihan raya akan datang," katanya.
No comments:
Post a Comment