Thursday, 21 February 2013

ETNIK DAN AGAMA BUKAN FAKTOR






SEPANGGAR : Parti Bersatu Sabah (PBS) Karambunai amat bersetuju bahawa syarat kemenangan calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Sepanggar pada PRU13 adalah semangat bersatu padu semua penyokong BN.

Namun fakta Iain yang periu diambil kira ialah keunikan komposisi etnik dan agama kira-kira 52,266 pengundi kawasan itu tidak semestinya menunjukkan sokongan kepada parti tertentu.

Setiausaha Bahagian PBS Karambunai, Charles Arab berkata, Adun Karambunai Datuk Jainab Ahmad Ayid mungkin mempunyai sebab tertentu yang hanya beliau sendiri sahaja yang tahu asas apa untuk mengatakan Umno pilihan terbaik bertanding kerusi Parlimen Sepanggar; akan tetapi pada hakikatnya semua parti komponen BN memiliki kriteria masing-masing untuk memenangi kerusi itu dari pihak pembangkang.

"Dalam kepimpinan Bahagian dan Cawangan PBS di Karambunai dan Inanam menunjukkan wujud berbilang kaum dan agama. Malahan di kalangan keluarga yang berlainan agama dan bangsa masih memiliki hubungan kekeluargaan antara satu dengan yang Iain .

"Seperkara lagi masyarakat Cina khususnya di kawasan N.13 Inanam tidak boleh dinafikan ramai yang berketurunan campuran (Sino) yang mampu memberi impak besar terhadap sokongan dalam PRU13 ini," kata Arab sebagai mengulas kenyataan Jainab yang tersiar di akhbar Utusan Borneo baru-baru ini.

Menurut Arab, semua parti komponen BN sebenarnya telah memperkuatkan jentera masing-masing menjelang PRU13 dan PBS kawasan Sepanggar sendiri kekuatannya berada di setiap Pusat Daerah Mengundi termasuk kawasan-kawasan terpencil dan 100% ahli-ahli parti PBS kawasan Karambunai dan Inanam keseluruhannya adalah penduduk asal dan pengundi dalam kawasan Sepanggar.

Dalam berita itu, Jainab dipetik sebagai berkata, " Calon Umno adalah pilihan terbaik bertanding di kerusi Parlimen Sepanggar pada PRU13 kerana memilikl jentera yang kuat, yang turut diperkuat 3,000 anggota Rela dan 53% pengundi kawasan ltu adalah Islam.

Arab menjelaskan, dalam 53% pengundi Islam seperti yang didakwa oleh Datuk Jainab masih terdapat lebih 20% daripadanya adalah daripada sukukaum KDM dan Cina.

Dengan itu adalah lebih baik bagl Jainab untuk memperkukuhkan kerjasama semua parti komponen BN untuk menghadapi pilihanraya dan bukan menampilkan keghairahan menonjolkan kekuatan sendiri yang pada akhirnya boleh membawa kesan negatif terhadap kekuatan bersama.

"Bagi PBS yang turut bersama Perdana Menteri dalam taklimat kawasan Parlimen Sepanggar baru-baru ini, tetap dengan perinsip akur dan menyokong sebarang keputusan pemilihan calon oleh pucuk pimpinan BN, malahan sekiranya diberi laluan, PBS sejak awal lagi sudah bersedia dari segi kekuatan sumber manusia dan logistik," kata Arab.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa semua komponen BN termasuklah PBS telah melahirkan hasrat masing-masing untuk bertanding.
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selaku Presiden PBS juga dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Karambunai di kawasan Sepanggar pada bulan September 2012 juga telah mengumumkan hasrat PBS agar diberi peluang untuk mempertahankan Kerusi Sepanggar ini berdasarkan sokongan yang tidak berbelah bagi rakyat kawasan DUN Inanam/DUN Karambunai kepada BN dan khususnya PBS.

PBS Karambunai berpendapat juga, UMNO pada keseluruhannya sudah memperolehi lebih daripada 50% Kerusi Parlimen di negeri Sabah ini. Jesteru semangat perkongsian kuasa haruslah diutamakan dan sikap monopoli haruslah dikikiskan.

No comments:

Post a Comment