Saudara Pengarang,
SAYA merupakan salah seorang
daripada beribu-ribu penduduk Tuaran yang muak dengan kelakuan Pegawai Kerja
Majlis Daerah Tuaran, Sadan Hussin. Lebih-lebih lagi setelah membaca
surat-surat mengenai Sadan yang telah dikirimkan kepada Sabahkini beberapa hari
lalu.
Hampir kesemua kenyataan
daripada mereka adalah benar. Sadan memang angkuh dan tubal. Saya pernah
beberapa kali berhajat untuk berjumpa dengannya atas urusan rasmi, namun Sadan
tidak akan berjumpa dengan saya. Mungkin sebab saya ini bukan kontraktor besar.
Pembantu Peribadi (PA) nya tidak membenarkan saya berjumpa dengan Sadan dengan
alasan dia sibuk, ada mesyuarat dan banyak lagi. Namun saya tahu, dia berada di
dalam biliknya.
Baru-baru ini, sewaktu
perasmian Piala Presiden ASTAKA (Persatuan Sepak Takraw Negeri) pada 11 Januari
2013 di Dewan Sulaman Tuaran yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Sadan
dengan angkuhnya tidak menghormati Ketua Menteri dan Datuk Hajiji.
Dia telah mengarahkan
penghawa dingin Dewan tersebut dimatikan atas alasan pihak ASTAKA menggunakan
dewan tersebut secara percuma dan kos untuk membiayai penghawa dingin
tinggi.
Atas sebab itu, Datuk Hajiji
telah memarahi dan menengking Sadan di depan khalayak ramai. Memang AMAT
MEMALUKAN! Saya merupakan salah seorang yang berada di dalam dewan sewaktu
perkara ini berlaku. Menurut Datuk Hajiji, Dewan Sulaman bukan milik Sadan
tetapi rakyat jelata. Ini amat bertepatan sekali.
Menurut pihak penganjur,
Pengerusi Mesyuarat iaitu Pegawai Daerah Tuaran dan Ahli-ahli Jawatankuasa
telah meminta Majlis Daerah Tuaran untuk memberikan penggunaan Dewan Sulaman
secara percuma memandangkan ini merupakan acara rasmi dan dihadiri oleh Ketua
Menteri serta beberapa Menteri Kabinet.
Namun Sadan dengan angkuhnya
tidak bersetuju dan berkeras meminta agar penggunaan dewan itu dibayar.
Sekiranya tidak, penghawa dingin tidak akan dipasang.
Saya mencadangkan agar pihak
Kementerian Tempatan mengambil tindakan drastik terhadap Sadan memandangkan dia
seumpama 'KANSER' di daerah Tuaran. Semakin lama, semakin teruk dan akan
merosakan Tuaran yang kita cintai.
Yang Benar,
AHMAD HAJI JALI
Rakyat Jelata Tuaran
No comments:
Post a Comment