Wednesday, 20 February 2013

JANGAN TERJERUMUS PERANGKAP BN





SANDIWARA.... Osman Jamal memberi penjelasan kepada sebahagian daripada 400 pemohon Skim Pekebun Kecil Koyah A Sukau yang hadir. Osman dan Saddi terharu dan berpelukan kerana isu tanah Koyah yang berakhir dengan penyelesaian.


Saudara Pengarang,


SAYA merasa terpanggil untuk menyuarakan pandangan saya serta memberi sedikit  nasihat kepada para Pekebun Kecil Sg Koyah, yang sebahagian besarnya adalah masyarakat pribumi, berikutan berita yang tersiar dalam akhbar Sabah kelmarin yang menyebut; kononnya persetujuan telah tercapai antara pemilik-pemilik tanah dengan Syarikat Bagus Maju Berhad dalam satu pertemuan yang dilangsungkan di Dewan Sri Lamag, Bukit Garam baru-baru ini.

Saya berpandangan bahawa, para pemilik tanah hendaklah bertanya kepada diri mereka sendiri. Siapa Datuk Osman Jamal? Siapa Wakil-Wakil Rakyat yang hadir dalam perjumpaan tersebut? Apa hubungan mereka dengan pemilik Syarikat Bagus Maju Berhad? Sudah berapa puluh tahun masalah ini berlanjutan dan kenapa sekarang? Kenapa BARU SEKARANG? Kenapa bila hampir menjelangnya pilihanraya, barulah nampak kesungguhan mereka yang kononnya mahu menyelesaikan isu rampasan tanah yang tiada penghujungnya ini?

Para pemilik tanah Sg Koyah juga mesti bertanya, kenapa mesti  isu rampasan tanah ini hanya boleh diselesaikan pada hujung bulan Mac ini? Kenapa tidak diselesaikan dalam bulan Februari ini juga? Jawabnya mudah sahaja. Hujung bulan Mac ini pilihanraya umum sudah selesai.

Bila pilihanraya umum selesai dan para pemilik tanah yang meletakkan harapan kepada kerajaan sekarang memberi undi mereka kepada kerajaan yang tidak jujur ini, maka hasil yang mereka akan perolehi ialah 'gigit jari'.

Bila sudah 'gigit jari', maka tunggu lagilah pada tahun 2018 untuk mereka melihat kesungguhan Datuk Osman Jamal dan YB-YB mereka bertemu dengan mereka dan menabur janji baru.

Saya menasihatkan para pekebun kecil Sg Koyah ini supaya menolak kerajaan yang ada sekarang ini dengan memilih kerajaan Pakatan Rakyat jika mereka mahu isu rampasan tanah Sg Koyah ini diselesaikan dengan kemenangan berpihak kepada mereka. 



Saya memperingatkan para pemilik tanah bahawa perjumpaan tersebut mempunyai agenda politik bagi kepentingan wakil-wakil rakyat di daerah Kinabatanganserta agenda politik Datuk Osman Jamal. Rakyat sepatutnya meminta supaya geran-geran tanah individu diberikan kepada mereka dan menolak usahasama dengan Syarikat Bagus Maju Bhd yang merugikan dalam jangka waktu yang cukup panjang.
 
Itu sahaja bahasa yang difahami oleh para pemimpin UMNO/BN! Lihat kepada senario di empat buah negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. Jangan melihat berpandukan berita TV1, TV2 dan TV3 yang memang gemar menyebarkan fitnah dan berita palsu mengenai kerajaan Pakatan Rakyat.

Bacalah portal media milik Pakatan Rakyat dan media cetak yang diterbitkan oleh PAS, PKR dan DAP. Di sanalah tuan-tuan akan mendapat berita yang seimbang. Semoga tuan-tuan tidak lagi jatuh di lubang yang sama untuk kesekian kali.

Salam Hormat,

HAMZAH HJ. ABDULLAH
YDP PAS Batu Sapi

1 comment:

  1. Pembangkang mmg krja nya membangkang saja..kita buat baik pun d bangkang...hmmmm....dunia..dunia...kalau x cr jalan penyelesaian mmg x slesai...bila kita ambil tindakan utk selesai masalah..ada lagi yg mau dpersoal..kalau tukar pemerintahan pun blum tentu bgus sangat...lebih2 lagi pihak sebelah terdiri dari orang2 yg lapar2 smua..renung2 kan la...

    ReplyDelete