Saudara Pengarang,
BERTEMPAT di laluan Star
City Kota Kinabalu pada 24 Mac 2013, jam 01.30 tengah hari sekumpulan belia
gabungan bermotor dan Mahasiswa telah diserang dengan begitu kejam menggunakan
parang dan besi oleh samseng Parti Keadilan (berdasarkan baju biru berlogo
parti keadilan).
Sebanyak 5 buah motorsikal
telah dirosakkan dengan teruk menggunakan parang dan besi. Kumpulan belia ini
hadir sebelum kehadiran Anwar Ibrahim bagi menyatakan bantahan kepada Tian Chua
dan Lajim berhubung kebiadapan mereka dengan menuduh insiden di Lahad Datu sebagai
satu sandiwara.
Bukankah setiap individu
rakyat malaysia dibolehkan menyuarakan rasa tidak puas hati dengan cara yang
terbuka. 100 % belia ini langsung tidak terikat dengan mana-mana Parti Politik.
Mereka memperjuangkan kebebasan bersuara namun telah diserang dengan begitu
kejam dan ganas.
Mengambil contoh perhimpunan
Bersih 1.0, 2.0 dan Bersih 3.0, Perhimpunan Mahasiswa bantah PTPN, Perhimpuan
bantah Lynas peserta demo ini langsung tidak diganggu oleh anggota Parti
sebelah.
Kenapa bila belia Sabah mahu
memperjuangkan kebebasan bersuara (dengan cara belia anak-anak muda menggunakan
motorsikal) diserang dengan begitu kejam dan tidak bertamaddun sehingga ada
yang cedera parah.
Perhatikan baik-baik Video
ini. Sekumpulan belia lalu di jalan raya tempat awam terus diserang dengan
begitu kejam oleh ahli parti Keadilan berbaju biru berlogo keadilan. Belia ini
hanya membawa poster yang bertajuk bantahan terhadap Tian Chua dan Lajim Hj
Ukin tetapi terus diserang dengan besi.
Setiap blog parti ketika ini
yang cenderung kepada parti poltik Anwar Ibrahim telah menuduh belia yang ingin
buat demo ini berniat ingin simbah cat ke atas bas keadilan dan telah diupah.
Ini sebenarnya langsung
tidak benar. Belia ini buat demo ini sekadar suka-suka sebab sepengetahuan
belia ini, Anwar Ibrahim adalah bapa kepada demokrasi yang mendokong demo sebegini;
tetapi sebaliknya belia ini diserang.
Pihak parti politik ini juga
sebenarnya cuba menutup kesalahan kejam mereka. Parang yang digunakan oleh
Parti Anwar untuk menyerang belia ini pun turut dimanipulasi dengan menyatakan
parang tersebut datangnya dari belia ini.
Belia ini mempunyai bukti bergambar
ahli PKR yang telah ambil parang tersebut dari bonet kereta jenis Prado milik ahli
PKR. Pihak Polis juga bertindak tidak adil apabila Ahli PKR dibebaskan,
sedangkan belia Sabah yang diserang ditangkap.
Di manakah keadilan untuk belia
dan mahasiswa Sabah? Barulah kami sedar betapa ganasnya Anwar Ibrahim.
Salam Hormat,
ANAK SABAH BROTHERHOOD.
ASB: betapa bodoh kau ni, itu bukan belia bawa poster,tetapi samseng umno yang diupah..semua orang tahu kebenaran video ini..jadi jangan buat kenyataan bodoh macam ni..
ReplyDeleteASB: Dont make a comment if you are not in the scene. Very typical BN mindset.
ReplyDelete