Oleh : KOH JUN LIN
GERGASI Internet Google
melancarkan laman web baru Rabu lalu, yang direka khusus untuk membantu rakyat
Malaysia membuat pilihan apabila sampai waktu pengundian dalam pilihan raya
umum ke-13.
Jurucakap Google Malaysia
Zeffri Yusof berkata, langkah ini diambil ekroan fakta terdapat ramai pengundi
muda dan pengundi baru terlibat dalam pilihan raya akan datang dan bergantung
kepada Internet untuk sumber maklumat.
"Kami cuba lakukannya
di setiap negara yang kami beroperasi sebab kami mahu menyokong pilihan rara
secara demokratik," katanya dalam taklimat tertutup bersama media pada
Rabu.
Sementara itu, Ketua Hal
Ehwal Kerajaan dan Dasar Asia Tenggara Google Goh Lih Shiun berkata, projek ini
akan menjadi laman web 'penuh' untuk rantau ini.
Google sebelum ini
melancarkan laman web mini untuk laman web pilihan raya Gabenor Bangkok. (MKINI)
No comments:
Post a Comment