Wednesday 27 March 2013

RASISME ADALAH JENAYAH?







TUARAN : Angkatan Muda Keadilan N.10 Sulaman telah Berjaya menganjurkan program “Hapuskan Rasisme, Rakyat Bersatu ke arah Negara Sejahtera.”

Bermula pada Sabtu lepas, 23 Mac dengan aktiviti-aktiviti seperti pertandingan futsal, pertandingan autoshow dan Bintang Idola Reformasi dan acara berakhir pada ahad semalam dengan majlis penutupan dan penyampaian hadiah bertempat di Restoran Transit, Lok Batik Tuaran.

“Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajak rakyat bersama-sama untuk menghapuskan isu perkauman serta mengeratkan silaturrahim lagi sesama kita.

"Di samping itu kita memberikan pemahaman kepada rakyat bahawa ini juga salah satu perjuangan Pakatan Rakyat,” menurut Faizal Derasik, Ketua AMK Sulaman.

Ditambah pula dengan Penyelaras Program, Rashida Kamal berkata, “Bagi kami anak muda, kami melihat rasisme adalah satu jenayah. Dan kita akan pastikan rasisme ini dihapuskan, sesiapa sahaja yang mewujudkan sentiment perkauman, kita akan lawan. Walaupun dalam kalangan orang Pakatan Rakyat sendiri.”

“Kami berharap selepas ini, tidak akan ada lagi laungan KDM untuk KDM, Bajau untuk Bajau, Cina untuk Cina, India untuk India, Bugis untuk Bugis, Suluk Untuk Suluk, dsb.. Kita rakyat Sabah ini sangat kaya dengan pelbagai kaum, sama-sama hidup berkongsi di bumi Sabah yang bertuah lagi kaya. Selagi kita tidak bersatu, selagi itulah akan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas negeri kita,” katanya bagi pihak AMK sukarelawan Tuaran, Muhammad Ashaari Jaafar.

No comments:

Post a Comment