Oleh : BALIKA HAMSAH
AHLI Parlimen paling berani
di Malaysia, Salleh Kalbi (Dr. Palsu) yang sebelum ini pernah menggelarkan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Kereta Terpakai'; kini
kembali menggegarkan politik Malaysia apabila mencabar Anwar Ibrahim dan Lim
Kit Siang bertanding di Sabah.
Salleh yang melobi di saat
akhir melalui Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia agar
dicalonkan semula setelah UMNO Bahagian Silam tidak menamakan beliau sebagai
calon; kini menjadi penyokong teras paling tegar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal, sekaligus merupakan seteru politik Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.
BERNAMA kelmarin melaporkan
bahawa Salleh Kalbi mencabar mana-mana pemimpin pembangkang termasuk Ketua Umum
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Veteran DAP Lim Kit
Siang untuk bertanding di Sabah pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
Salleh membuat cabaran itu memandangkan
terdapat pemimpin pembangkang sebelum ini mendakwa krisis pencerobohan di
Kampung Tanduo di sini adalah sandiwara daripada kerajaan Barisan Nasional.
"Jika mereka berani,
bertandinglah di sini. Rakyat Sabah tahu siapa yang memperjuangkan nasib mereka
selama ini dan bukannya seperti pemimpin pembangkang yang turun padang hanya
untuk meraih undi dan merayu simpati.
Kata Salleh lagi, pengundi
termasuk masyarakat Cina mahu pun yang bukan Islam sentiasa menyokong
kepimpinan yang sedia ada ini.
"Atas dasar itu, saya
mencabar pembangkang untuk bertanding di Sabah. Kita tengok sama ada mereka ini
berani atau hebat ke tidak," katanya kepada Bernama.
Mengikut rekod, pada pilihan
raya umum ke-12, Salleh menewaskan Dr Hashbullah Iman Ohang @ Mohd Taha (PKR)
dengan majoriti 9,792 undi.
Pemerhati politik menyifatkan
cabaran Salleh adalah sia-sia dan hanya untuk menutup kekecewaan beliau kerana
tidak dipilih sebagai calon pada PRU akan datang.
Apatah lagi sebelum ini
Sabahkini.net melaporkan bahawa isteri Salleh, Hajjah Fatmah Abdul Aziz adalah
PATI yang mendapat kerakyatan songsang dan dikhabarkan akan dipanggil memberi
keterangan di hadapan Panel RCI yang akan kembali bersidang April kelak.
Mengikut risikan
Sabahkini.net, BN akan menonjolkan kesemua muka baru di Parlimen Silam, DUN
Tungku, Lahad Datu dan Kunak; sehingga penyandang bertungkus lumus untuk
mempertahankan kedudukan mereka setelah mendengar 'berita' bahawa adik Shafie
Apdal, Haji Mohd Yusof Apdal akan diturunkan menggantikan Salleh di parlimen
Silam atau Nilwan Kabang di Kunak.
Bagaimanapun menurut
Bernama, Salleh berkata beliau akan memberikan sokongan penuh kepada mana-mana
calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti sekiranya beliau tidak lagi terpilih
sebagai calon untuk kawasan parlimen itu.
No comments:
Post a Comment