Tuesday 26 March 2013

LAWAK JENAKA AGAMA?







Saudara Pengarang,

WAHAI sahabat-sahabat seagama denganku. Tolonglah ambil masa 3 minit untuk membaca nota ini. Mungkin ada yang pernah baca kisah ini tapi tidak salah kalau kita ingatkan sekali lagi . Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Bayangkan jika peristiwa ini berlaku kepada anda.

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam. Tidak nampak apa-apa cuma cuma dua biji mata dan membawa mesin gun.

Lalu salah seorang lelaki tu bertempik, “ Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu.”

Selepas mendengar amaran lelaki itu, maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri. Daripada 1,000 orang jemaah tadi hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman itu.

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata, “Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit. Sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat.”

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah. Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. Selain terhibur anda fikirkanlah.

-Lawakkah jika dari 1,000 orang yang mengaku Islam tetapi hanya 20 yang benar-banar beriman?

-Lawakkah berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun. Dia tidak kata pun nak membunuh. Tetapi generasi sekarang, amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang. Lupa yang mereka belum  sembahyang jumaat lagi?

-Lawakkah jika umat yang hanya menjalankan agamanya seminggu sekali sahaja (sembahyang jumaat) iaitu menunjukkan muka kepada orang kampung. Lebih dasyhat lagi ada yang sembayang sunat dua kali setahun (Aidil Fitri dan Aidil Adha)?

-Lawakkah jika ramai orang percaya kepada gossip (gunjing) dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al-Quran?

-Lawakkah berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara dan akhirat adalah tempat yang kekal, tetapi berlumba-lumba mengejar dunia?

-Lawakkah kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tetapi tidak sempat berdoa kepada ALLAH kerana tidak cukup masa?

Mungkin lebih lawak lagi jika kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat ingin berkongsi artikel yang berunsur agama?

Tapi yang paling lawak sekali ialah berapa ramai orang yang lepas baca artikel ini akan sampaikan kepada orang lain? Berapa orang yang akan buka thread ini untuk luangkan masa membaca? Wallahualam! Sebarkanlah, tidak perlu minta izin. Semoga bermanfaat.

Salam Hormat,

SAB REYS JAY

No comments:

Post a Comment