ALBUM....Barisan
Ahli-Ahli Puteri UMNO Batu Sapi yang turut menyertai program tersebut.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI : Ketua Pergerakan
Puteri Umno Bahagian Batu Sapi, Latifah Tahir, berkata kerja keras pihaknya
selama ini akan membantu memenangkan calon-calon Barisan Nasional (BN)
menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
Katanya, jentera parti
terutama melibatkan pergerakan itu sudah pun digerakkan terlebih awal apabila
program turun padang yang dilaksanakan di kawasan Parlimen P.185 Batu Sapi
telah berjaya menarik lebih ramai anak-anak muda untuk terus bersama-sama BN.
Katanya, keyakinan rakyat
terhadap parti semakin tinggi memandangkan sepanjang program rata-ratanya
mendapat reaksi dan maklum balas sangat positif ekoran daripada pendekatan
murni banyak bertumpu kepada akar umbi khusus pengundi wanita muda.
"Saya yakin calon-calon
BN di Parlimen Batu Sapi yang turut melibatkan dua DUN iaitu Sekong dan
Karamunting akan menang besar berikutan sokongan penduduk di kawasan ini
semakin bertambah baik.
"Mana tidaknya,
kebanyakan program yang kita laksanakan banyak menjurus kepada trend dan minat
wanita muda seperti bersukan, beriadah termasuklah mendedahkan mereka dengan
kursus-kursus kecantikan serta keusahawanan.
"Malahan, kita juga
menitikberatkan soal ilmu dan kepakaran yang boleh menjana ekonomi. Saya
percaya setiap program yang dilaksanakan telah memberikan manfaat kepada
golongan tersebut," jelasnya.
Berucap pada Majlis Himpunan
Wanita Muda Parlimen Batu Sapi 2013 di sini, kelmarin dan
Latifah menegaskan pihaknya juga mengadakan program kemasyarakatan
seperti lawatan dari rumah ke rumah, lawatan ke klinik kesihatan dan hospital.
Menurutnya, program
dipanggil sebagai 'Projek Puteri Prihatin' itu akan mendekatkan lagi pergerakan
dengan masyarakat setempat terutama melibatkan wanita muda sekali gus memberi
peluang untuk mendengar masalah dan keperluan mereka.
Beliau terharu dan
memberikan keyakinan penuh bahawa BN akan dapat mengekalkan ketiga-tiga
kerusinya di Parlimen Batu Sapi ekoran perhatian rakyat setiap kali program
yang dilaksanakan mendapat sambutan hebat.
"Justeru, saya
mengingatkan pengundi-pengundi di kawasan ini supaya jangan mudah terpengaruh
tetapi sebaliknya meneruskan sokongan yang padu kepada parti Umno dan BN yang
sentiasa prihatin dengan apa jua keperluan masyarakat," tegasnya.
Dalam pada itu, ujarnya,
Puteri Umno Batu Sapi sudah bersiap sedia bagi menghadapi PRU-13 yang akan
diadakan dalam masa terdekat ini.
Katanya, kerjasama dengan
sayap penting parti termasuk rakan-rakan komponen BN yang lain akan membantu
memperkukuhkan kekuatan BN di setiap kawasan.
"Keyakinan ini hasil
daripada program turun padang yang dilaksanakan menunjukkan sokongan rakyat
tidak pernah berbelah-bahagi; apatah lagi Umno yang sentiasa memahami aspirasi
ahli-ahlinya," ujarnya.
Latifah menegaskan, parti
pembangkang seperti PAS, PKR dan SAPP yang bakal bertanding dan meletakan
calon-calonnya di tiga kawasan tersebut akan tumpas di tangan calon-calon BN
kerana sejak dari dahulu lagi Karamunting, Sekong termasuk Parlimen Batu Sapi
adalah kubu kuat Barisan Nasional. Maka dengan itu jangan mimpi pembangkang
untuk merangkul kerusi-kerusi di
kawasan-kawasan yang dimaksudkan itu.
No comments:
Post a Comment