Thursday, 28 March 2013

PPS TOLAK DAKWAAN PERKASA






OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Presiden Pertubuhan Pribumi Sabah (PPS) Dato' Mohd Jeffry Rosman menepis sekeras-kerasnya tuduhan liar dan tidak berasas yang dilemparkan oleh Pengerusi PERKASA terhadap Pertubuhan Pribumi Sabah yang didakwa tidak berdaftar dengan ROS (Registrar Of Society) selama ini.

Tuduhan Pengerusi PERKASA Bahagian Kalabakan, Kadir Ahmad terhadap pertubuhan itu bukan sahaja mengelirukan masyarakat, merupakan tuduhan liar dan satu pembohongan besar kepada rakyat di negeri ini.

“Saya mahu tanya secara  jujur dengan Kadir Ahmad apa maksud sebenar tujuannya untuk mencampuri urusan pentadbiran Pertubuhan Pribumi Sabah (PPS); sedangkan PPS ditubuhkan di negeri ini adalah untuk membantu masyarakat, terutama sekali kaum pribumi yang tertindas yang berkaitan hak-hak asasi; khsusnya tanah-tanah adat (NCR) yang sering menjadi masalah besar di negeri ini,” jelasnya.

Jeffry menjelaskan  tindakan Kadir yang membuat tuduhan liar terhadap pentadbiran PPS yang semakin diterima oleh rakyat disifatkan sebagai timbulnya  hasad dengki  terhadap perjuangan PPS yang kian mantap   dan kini mempunyai ahli seramai 4,000 di tujuh bahagian iaitu Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Keningau, Ranau, Lahad Datu dan Beluran.

“Saya beri amaran kepada  Kadir, sekiranya beliau terus membuat fitnah dan tuduhan liar kepada PPS, saya tidak akan teragak-agak mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang,” tegasnya.

Menurut Jeffry, sepatutnya Kadir sebagai Pengerusi PERKASA harus bekerja sama dengan PPS untuk mencari jalan bagaimana untuk membantu para pemilik tanah adat (NCR) yang sering  menjadi  mangsa keadaan kerana hak-hak mereka telah dicabuli oleh orang yang rakus  dan bukannya mencari musuh dan tergamak membuat tuduhan liar.

No comments:

Post a Comment