Friday 29 March 2013

KAMPUNG TANDUO HANYA TINGGAL NAMA






LAWAT.....Beberapa wakil penduduk dikawal oleh pasukan polis ketika melihat keadaan rumah mereka yang ditinggalkan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

Oleh : MUSTAPA LAKAWA

LAHAD DATU : Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo di sini bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa, malah turut melenyapkan identiti kampung nelayan itu yang telah wujud sejak 50 tahun lalu.

Atas aspek keselamatan, kampung yang terletak dalam gugusan Tanjung Labian di Felda Sahabat itu bakal tinggal nama apabila 20 keluarga yang merupakan penghuni asal kampung tersebut akan dipindahkan ke Kampung Sungai Mira dekat sini.

Jarak antara Kampung Sungai Merah dengan Kampung Tanduo ialah kira-kira 20 kilometer.

Proses pemindahan penduduk yang kebanyakannya kini ditempatkan di pusat penempatan sementara akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, cadangan pemindahan tersebut telah dipersetujui Majlis Keselamatan Negara dan pasukan keselamatan sebelum dikemukakan kepada kerajaan negeri. (Kosmo)

No comments:

Post a Comment