Sunday 31 March 2013

AMAL SIKAP TAHU BERTERIMA KASIH







SERAH...Dato Sri Nasir (dua kiri) menyampaikan kad pengundian kepada salah seorang pemilih di kampung Kubang,Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan rakyat sentiasa bersyukur kepada Allah SWT dan berterima kasih kepada kerajaan yang ikhlas membela nasib rakyat.

Katanya, sikap seumpama itu bukan sahaja mempamerkan keikhlasan seseorang dalam melaksana tugas dan tanggungawab  malah ianya juga merupakan nilai itegriti cukup bermakna dalam sebuah kehidupan bermaruah.

Selain itu katanya, berdasarkan Konsep 1Malaysia rakyat juga seharusnya mengamalkan sifat kasih sayang sebagai teras menegakkan keharmonian kaum.

Nasir berkata demikian sempena menghadiri program Ziarah Rakyat & Penyerahan Kad Pengundian bagi kawasan DUN Senallang di tiga buah kampong termasuk kampong Ungkaraya ; Kubang Jaya dan Kubang Baru.

Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin UPKR Senallang, Tahir Haji Amir; Ketua Daerah Semporna DUN Senallang, OKK Hj.Musa Sabaani; Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO), Roslan Jalaludin; Pegawai Perubungan ADUN Senallang, Haji Zainal Jalaludin dan Pasukan Gerak Khas DUN Senallang.
Sempena majlis itu Dato Sri Nasir menyampaikan bantuan keperluan harian kepada golongan PPRT serta menyampaikan Kad Pengundian.

Nasir yang juga Adun Kawasan Senallang, berkata di samping tahu berterima kasih rakyat juga diseru memelihara dan mempertahankan kedaulatan Negara ini dengan sentiasa mengormati undang-undang yang sedia ada sambil menghayati Rukun Negara.

Katanya, kerajaan sentiasa prihatin memberikan bantuan kepada semua rakyat tanpa mengira sukukaum,anutan agama mahupun ideologi politik.

Nasir yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna, menasihatkan rakyat sentiasa berwaspada dengan kehadiran pemimpin pembangkang yang sering timbul semasa pilihanraya dan selepas itu mereka menghilang.

Beliau menambah, pembangkang juga suka berjanji tetapi tidak menunaikannya berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mengotakan apa yang diperkatakan yakni Janji Ditunaikan.

Sehubungan itu rakyat digesa terus bersatupadu dan sentiasa prihatin memberikan kerajsama kepada kerajaan dan pasukan keselamatan memberikan maklumat sekiranya mengetahui individu yang terlibat dengan jenayah.

“Semua rakyat harus berkerjasama dengan Ketua-Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK dan jangan takut melapor terus kepada balai polis berhampiran sekiranya mengetahui ada perlakuan jenayah dan kebejatan sosial di kawasan kampung,” kata Nasir.

No comments:

Post a Comment