Friday, 29 March 2013

MALAPETAKA BESAR JIKA JAUJAN DICALONKAN?






Saudara Pengarang,

BEBERAPA sebab kenapa Datuk Jaujan Sambakong tidak patut dipilih menjadi calon BN dalam PRU 13 kerana boleh menghancurkan UMNO dan mendatangkan malapetaka besar di Semporna.

Sejak Datuk Seri Shafie melantik Jaujan sebagai Setiausaha Politiknya, beberapa perkara yang telah dilakukannya benar-benar merosakkan imej UMNO dan kepimpinan Shafie terutama sekali dalam soal pembahagian dan perlaksanaan projek.

Pada satu ketika, ramai di kalangan Ketua Cawangan sanggup bergolok bergadai semata-mata menyiapkan beberapa projek yang diarahkan olehnya. Penghujungnya, kesemua tuntutan ke atas projek tersebut masuk semua dalam kantung poketnya.  

Satu keadaan lagi Shafie terpaksa melunaskan beratus ribu ringgit semata-mata kerana menutup kes perlakuan  pecah amanah Jaujan.

Disebabkan sifat tidak amanah Jaujan, Shafie langsung tidak memberikan kepercayaan kepadanya dalam soal mengurus projek di KKLW melainkan beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Haji Razak Tun Sakaran yang diyakini lebih amanah.

Jaujan juga seorang ahli politik yang disifatkan sebagai pengkhianat (gunting dalam lipatan) kepada parti. Mengimbas peristiwa PRU 12 yang lalu, Jaujan adalah jurutera utama yang menggerakkan anti calon BN di kawasan DUN 52 Sulabayan.

Beliau meminta ketua-ketua cawangan, ketua kampung, pengerusi JKKK secara sulit agar mengundi calon KEADILAN ketika itu (Abdul Wahab Datuk Panglima Abdullah). Beberapa individu sanggup bersumpah untuk membuktikan kebenaran ini. Maka orang seperti ini tidak layak untuk diangkat memegang amanah sebagai wakil rakyat.

Jaujan juga merupakan pakar mereka cipta cerita dan fitnah yang banyak menimbulkan keresahan dan ketegangan, antara kepimpinan Shafie dengan barisan kepimpinan UMNO di seluruh Sabah, terutama sekali di daerah Semporna.

Sebagai Setiausaha politik, sepatutnya beliau berperanan untuk mengeratkan hubungan kepimpinan Shafie dengan kepimpinan UMNO Negeri.

Dari sumber yang boleh dipercayai, beliau pernah menggelar Datuk Musa Aman sebagai 'Datuk Musang' sehinggakan keadaan ini menimbulkan ketegangan dan kerenggangan di antara kedua pemimpin ini.

Kaum pendidik di daerah Semporna merasa terkilan dan tercabar di atas anugerah yang diperolehi oleh Jaujan sehingga mendapat gelaran 'DOKTOR', sedangkan rata-rata kaum pendidik mengetahui bahawa beliau hanyalah pemegang sijil LCE yang kandas.

Persoalannya bagaimana beliau boleh memperolehi Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Master dan sehinggalah sampai ke peringkat PHD?

Apapun keadaannya, hal ini menjadi polemik besar di kalangan kaum pendidik di daerah Semporna sehingga menyebabkan kaum pendidik Semporna mulai meragui dan mempersoalkan kepimpinan Shafie, lebih-lebih lagi dengan pendedahan bahawa terdapat beberapa golongan professional yang memiliki kelulusan palsu. Apakah Jaujan tidak termasuk dalam golongan itu?

Demi Allah, bahawa apa yang kami paparkan ini adalah benar. Oleh itu moga pucuk pimpinan dapat melihat isu ini sebagai satu persoalan yang serius demi untuk keutuhan dan kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan Negara.

Setelah kami rakyat Semporna dikejutkan dengan musibah pencerobohan, sehingga kami merasakan keselamatan kami benar-benar terancam, mujurlah OPS DAULAT dilancarkan. Terima kasih sebesar-besarnya kepada pasukan keselamatan Negara.
Demi untuk menjamin perpaduan dan keutuhan Barisan Nasional, barisan kepimpinan ada sekarang Shafie (Ahli Parlimen P189 Semporna), Datuk Nasir Tun Sakaran (N53 Senallang), Datuk Harman Mohammad (N52 Sulabayan) dan Datuk Ramlee Marahaban (N54 Bugaya) wajib dikekalkan sebagai calon Barisan Nasional dalam PRU 13 yang akan datang.

Salam Hormat,

SAHIH KUDUS

No comments:

Post a Comment