Oleh : ROSLI ISMAIL
SERONOK juga baca interview
Tun Daim Zainuddin di New Sunday Times minggu lalu yang banyak sentuh al-kisah
Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini kerana orang yang bercakap itu adalah 'saksi
hidup' yang tahu banyak tentang Ketua Umum PKR itu. Mereka lama duduk di bawah
bumbung sama semasa dipuncak kuasa dalam UMNO dulu.
Dari situ kita dapat
mengukur sejauh mana hebat ketangkasannya mentadbir hingga Daim tidak
berselindung kata beliau cukup bimbang jika negara ini duduk di bawah Anwar.
"Masalah Anwar ialah
imejnya lebih bersih daripada bersih," kata yang cukup dalam maknanya.
Ditanya pula bahawa Anwar
percaya bahawa beliau ditakdirkan untuk menjadi Perdana Menteri pada masa akan
datang.
Ini kata Daim, "Hakikatnya,
nasib manusia ditentukan Tuhan. Anda mungkin hanya tinggal satu denyutan
jantung lagi daripada jawatan itu tetapi orang berkata, Tuhan menentukan. Saya
fikir Tuhan masih menyayangi Malaysia."
Anwar bukan setahun dua
dalam kerajaan. Beliau masuk UMNO tahun 1981 dan sudah jadi Timbalan Menteri
pada tahun 1982 hingga ke jawatan akhirnya Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan pada tahun 1998.
Cuba tengok kiri dan kanan
sepanjang 16 tahun itu ada ke tidak sesuatu sesuatu dasar atau program atau
projek istimewa Anwar yang boleh didirikan satu tugu peringatan sebagai lambang
kehebatannya.
Jawabnya tentu tidak ada. Kejayaannya
meniti setapak dengan segera dalam hiraki politik semata-mata kerana beliau
dicop sebagai 'Budak Bermata Biru' Tun Dr Mahathir Mohamad waktu itu.
Siapa sahaja yang bergiat
cergas dalam politik semasa eranya tahu sangat suasananya waktu itu bagaimana
semua lintang pukang datang berlari bila sebut nama 'Pak Sheikh'.
Jangan kata Daim, malah
ramai Ketua-ketua UMNO Bahagian dan bekas pemegang jawatan itu semasa zaman
beliau di puncak kuasa boleh cerita macam-macam khususnya semasa hendak
'langgar' Allahyarham Tun Ghafar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Pink form yakni borang saham
yang boleh bawa untung segera zaman itu terbang sana sini.
Kalau mahu bercakap mengenai
bab kroni dan 'connection' nama beberapa adik beradik Anwar cukup harum waktu
itu di mana baik orang politik maupun korporat berusaha sungguh-sungguh hendak
'buat baik' dengan mereka.
Banyak yang tahu bagaimana
mereka cukup gerun pada Azmin Ali yang dulu dan kini orang kepercayaan nombor
satu Anwar sekalipun level rasminya waktu itu cuma Setiausaha Sulit.
Bukankah Shamsidar Taharin
pernah menjadi pegawai Hal Ehwal Korporat yang jarang pergi kerja dengan gaji
ribuan dan kereta besar di sebuah bank yang taukehnya diketahui umum, rapat
dengan Anwar.
Juga ada orang kanan Anwar
yang jadi pengerusi berjela-jela syarikat hingga ramai yang bengang cakap, apa
pengalaman dan keistimewaannya?
Pada zaman kemuncak
reformasi pula ada orang kanannya dikatakan lari keluar negara dengan 'wang
besar'.
Sebab itu ramai yang tahu
segala macam kisahnya hanya tertawa bila mendengar Anwar berceramah hentam
segala macam tidak betul, rasuah dan kronisme terhadap kerajaan.
Cuba check tengok berapa
ramai kalangan wartawan yang aktif semasa eranya di puncak kuasa yang masih
terus menerus 'steady' menunjang perjuangannya. Jawabnya juga tiada.
Ramai yang melihat sendiri
bagaimana beliau 'mengatur' media arus perdana waktu itu.
Jadi kita tidak perlu hairan
kalau dengar ada kalangan wartawan era itu yang gelak sakan kalau dengar Anwar
bercakap kondem pasal media dikuasai kerajaan segala macam.
Pokok pangkalnya hanya
mereka yang terdedah dan lihat sendiri semua ini tahu menilai. Ini termasuk
bagaimana eksyen sebilangan orang kanan Anwar waktu itu dengan lagak
masing-masing.
Kalau ingat nak pergi lebih
jauh...siapa yang tidak pelik tengok satu demi satu orang yang asalnya cukup
rapat dengannya tinggalkannya ataupun parti.
Ini berlaku bukan saja zaman
kejatuhannya tetapi berterusan hingga selepas era tsunami politik pilihanraya
Mac 2008.
Mereka yang bermati-matian
berjuang hendak menubuhkan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai
Parti Keadilan Rakyat boleh bagi ceramah panjang bagaimana mereka melihat
banyak yang tidak betul hingga membuat mereka angkat kaki.
Antaranya Dr. Chandra
Muzaffar, peguam Zainur Zakaria, Datin Saidatul, Senator Ezam Mohd Noor, Anuar
Shaari, Hajjah Aminah, Datuk Jefrey Kitingan, Roslan Kassim, Ng Lum Yong, YB
Gobalakrishnan, YB Wee Choo Keong, YB Mohsin, YB Datuk Seri Zahrain, YB
Dominique.
Allahyarham Professor Dr.
Uthman Muhammady, Dr. Mohd. Yusri, Datuk Syazryl Eskay, Fairus Khairuddin,
Marina Yusuf, Lokman Noor Adam, YB Mohd Radzi Salleh, YB Badrul Hisham
Abdullah, YB Tan Tee Beng, YB Jamaluddin Mohd Radzi, YB Kapten (B) Mohd. Osman
Jailu, YB Tan Wei Shu, Zahid Md Arip dan lain-lain.
Salah satu orang kanan
Anwar, Dr Sidek Baba satu ketika dulu mendedahkan kenapa beliau juga ucap
selamat tinggal.
Pensyarah kanan di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini berkata soal integriti amat penting untuk menampilkan
imej pemimpin yang berhasrat menerajui negara.
“Saya dididik, sebagai
pemimpin, kamu perlu bersih dan kelihatan bersih,” katanya.
Soalnya kenapa orang-orang
yang ada kredibiliti seperti Dr Sidek membuat penilaian sebegitu terhadap Anwar
kalau tidak bersebab.
Apapun peliknya kita tidak
pernah dengar Anwar meratapi pemergian semua orang ini.
Ikut cerita sumber-sumber
parti itu, beliau cukup selesa dengan situasi semasa kerana orang yang kenal
selok beloknya dan boleh bikin masalah sudah tiada.
Kini macai-macai utama dalam
PKR kebanyakannya adalah orang baru yang bergayut pada parti dan Anwar atas
sebab masing-masing.
Golongan ini dan yuppies
lain yang terkinja-kinja mendokong parti itu dikatakan tidak tahu banyak malah
tidak peduli apa pun latar belakang Anwar.
Keutamaan Anwar kini
dikatakan lebih ingin jaga PAS dan DAP yang dilihatnya sebagai terowong yang
boleh menjayakan impiannya ke Putrajaya. Masing-msing saling garu mengaru atas
cita-cita dan matlamat sama.
Siapa yang tidak syok
melihat dua parti yang kononnya dakwa berprinsip sangat mengambil sikap 'No
Question Ask' semata-mata kerana tidak mahu program mereka untuk mengejar
Putrajaya rosak.
Sebab itu Anwar boleh terus
dan terus berdondang sayang sekalipun ada dakwaan 100 video yang dikaitkan
dengannya keluar di pasaran.
Kalau PAS sendiri yang
kononya nak jadi tiang seri perjuangan Islam boleh tutup mata, apa sangat orang
di kampung dan bandar yang terus jadi 'Pak Pacak' di ceramah-ceramahnya.
Seperti kata seorang
pemerhati politik Anwar kini dalam mode nothing to loose, untung sabut timbul.
(Agenda Daily)
No comments:
Post a Comment