Tuesday, 26 March 2013

4 NGO SUMBANG BIASISWA






TERIMA KASIH...Salah seorang cemerlang Grad 6A menerima biasiswa yang disampaikan V.K Liew

Oleh: SHAIMON S JUMADI                   Foto : SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN : Seramai 61 murid daripada 10 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina - SRJK (C) di sini yang mendapat  Grad 6A dan 7A tahun 2012 masing-masing telah menerima Biasiswa daripada 4 Gabungan NGO daerah Sandakan.

Pembahagian biasiswa anjuran Gabung 4 Pemuda badan NGO itu yang diadakan di Tokong Cina Che Siang Khor Jalan Sim-Sim  kelmarin telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong  yang membabitkan 40 Grad 6A dan 21 Grad 7A.

Dalam ucapan ringkasnya, V.K Liew pada majlis penyampaian Biasiswa tersebut antara lain memuji pihak penganjur kerana begitu prihatin dan  mengambil berat tentang pembelajaran dan anisiatf  dan proaktif 4 NGO ini  yang boleh dijadikan contoh dengan mana-mana badan NGO lainnya untuk mengikut jejak langkahnya.

Sementara itu Pengerusi Penganjur program tersebut, Fung Chee Keong yang sempat ditemubual sebelum program dijalankan menjelaskan tujuan memberikan biasiswa tersebut ia adalah untuk membantu ibubapa mereka yang kurang berkemampuan di samping menyuntik semangat dan mendorong mereka melanjutkan pelajaran.

Katanya, dalam memberikan biasiswa kepada pelajar yang cemerlang tidak tertumpu kepada kerajaan, sebagai NGO yang berkemampuan, harus membantu kerajaan untuk  berbuat demikian; selaras dengan konsep 1Malaysia, sebagai azam pihaknya terus membantu pelajar cemerlang dalam aspek pembelajaran.

No comments:

Post a Comment