TUNISIA : Seorang ulama di
Tunisia menggesa agar seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, Amina yang
bergambar bogel dalam Facebook dikuarantin dan direjam dengan batu bagi
mengelakkan perbuatan berkenaan menjadi `wabak’.
Alami Adel, yang mengetuai
Suruhanjaya Mencegah Maksiat berkata, berdasarkan hukum Islam, Amina perlu
dirotan sebanyak 80 hingga 100 kali.
Namun disebabkan kesalahan
yang dilakukan adalah serius maka dia perlu direjam sampai mati.
“Dia seperti seseorang yang
sakit,’’ katanya.
Amina yang juga anggota
kumpulan FEMEN, iaitu pergerakan aktivis wanita telah memuat naik gambarnya
yang mendedahkan payu dara sambil menghisap rokok.
Pada badannya ditulis
perkataan Arab bermaksud `Badan saya milik saya’.
Dia sebelum itu telah
dihantar oleh ibu bapanya ke hospital psikiatrik di Tunis.
Menurut media Tunisia, sabit
kesalahan, Amina boleh dihukum penjara hingga dua tahun dan didenda antara $60
hingga $600 dolar.
Tindakan Amina yang tidak
bermoral itu telah dikecam banyak pihak malah ada yang mengancam akan
membunuhnya.
Dalam pada itu, Khamis lalu,
Facebook FEMEN telah digodam dengan gambar-gambar tidak senonoh itu telah
digantikan dengan ayat-ayat Al-Quran.
“Syukur pada ALLAH kerana
kami berjaya menggodam laman web tidak bermoral ini. Lebih banyak yang akan
menyusul,’’ itu mesej yang diletakkan oleh penggodam dikenali sebagai
`al-Angour’.
FEMEN merupakan sebuah
pertubuhan yang berpengkalan di Ukraine dan ia menghimpunkan wanita untuk
melakukan protes dalam keadaan bogel dengan alasan memperjuangkan hak-hak
wanita.
No comments:
Post a Comment