Oleh : ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT: Angin kencang
kira-kira sepuluh minit telah menerbangkan bumbung Dewan Mini Kampung Maraba di
sini dalam sekelip mata.
Menurut penduduk, Iskandar
Abdul Rahim bencana alam yang berlaku kira-kira jam 4.22 petang kelmarin (Sabtu)
itu menyebabkan beberapa penduduk yang kebetulan berada di gerai berhampiran
gempar seketika.
Bagimanapun katanya,
kejadian itu tidak menjejaskan keselamatan penduduk dan harta benda lain yang
berhampiran dengan lokasi dewan itu,
“Kejadian berlaku dengan
pantas. Dengan sekelip mata sahaja bumbung dewan ini tercabut serta merta dan
menyembah bumi. Bagaimanapun kita bersyukur tiada sebarang kemalangan kepada
penduduk yang berada ditempat kejadian ini,” katanya.
Beliau berkata dewan itu
merupakan pusat aktiviti penduduk dan akibat kerosakan itu ianya kini
menjejaskan kegiatan penduduk di situ.
Sehubungan itu beliau amat
berharap pihak kerajaan dapat mengambil tindakan segera untuk membaiki
kerosakan dewan itu.
“Akibat kejadian ini sudah
tentu aktiviti penduduk di sini terjejas terutamanya dalam kegitan sukan
badminton kerana hampir setiap malam dewan ini digunakan untuk permainan itu.
Selain itu, ia juga akan menyulitkan penduduk untuk mengadakan majlis
keramaian.
"Kita penduduk di sini
amat berharap agar pihak kerajaan melalui wakil rakyat dan pemimpin masyarakat
dapat megambil langkah segera untuk kerja-kerja membaik pulih,” katanya sambil
meminta pihak berkaitan dapat memantau kualiti kerja apabila dewan itu dibaiki
kelak.
Tinjauan mendapati pendawaian
eletrik dibahagian struktur atap terputus. Pemutus litar dari talian utama
didapati telah dibuka sebagai langkah keselamatan.
No comments:
Post a Comment