Friday, 29 March 2013

BN IKTIRAF SUMBANGAN WANITA






TERIMA KASIH…Paula (Ketua Wanita Bahagian) menyerahkan cendera kenangan kepada Pairin selaku perasmi Seminar Gerak Kerja Wanita BN N.32 Tambunan. Kelihatan Jamilah (kiri)dan Daniel (Kanan).

Oleh : ROZIE JUMAT

TAMBUNAN : Pemimpin wanita yang bergiataktif di dalam bidang politik dan kemasyarakatan adalah di antara yang dinilai sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya yang akan datang.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) sentiasa mengiktiraf dan menghargai peranan serta sumbangan yang dimainkan oleh golongan wanita di dalam bidang politik dan kemasyarakatan.

“Kita menerima dengan baik sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh golongan wanita dan amat dihargai. Kita ambil berat,” kata Pairin.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata demikian di Majlis Penutupan Seminar  Gerak Kerja Wanita PBS N.32 Tambunan bertempat di Tandarason Resort & Country club (TRCC) di sini.

Hadirsama Ketua Wanita PBS Pusat Senator Datuk Jamilah Sulaiman, Timbalan Ketua Bahagian PBS Tambunan Datuk Daniel Kinsik, Ketua Wanita Bahagian Paula Domian dan EXCO Wanita PBS.

Pairin berkata, peranan wanita masa kini lebih mencabar sesuai dengan perubahan masa.
Beliau juga yakin bahawa ramai wanita yang boleh mengambil peranan di hadapan namun mereka tidak menonjol.

“Wanita harus maju ke depan menonjolkan diri. Jika malu-malu meski pun mereka berpendidikan dan berkeupayaan di dalam pembangunan, jika mereka (wanita) tidak mengambil bahagian dan peranan kita tidak melihatnya,” kata Pairin.

Beliau berkata, sebagai contoh Ketua Wanita PBS Pusat, Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang sentiasa di hadapan dan rajin bekerja untuk masyarakat.




BERSATU…Pairin disambut laungan "Bersatu" oleh ahli Wanita BN Tambunan.

“Kita melihat peranan dan sumbangan beliau yang sentiasa di hadapan dan menyuarakan isu-isu yang kita ambil perhatian dan mencari jalan penyelesaian. Kita perlukan wanita sebagai pemimpin dalam masyarkat,” ujar Pairin.

Pairin yang juga Wakil Rakyat Tambunan berkata, gandingan dan kerjasama pemimpin wanita dan lelaki mendorong antara satu sama dengan yang lain menjalankan tugas menghasilkan sumbangan terbaik kepada masyarakat.

Oleh itu kata Pairin, sama ada seorang itu pemimpin lelaki mahupun wanita, PBS menilai mereka sebagai calon BN pada pilihanraya akan datang.

Beliau turut mengucapkan terimakasih di atas sokongan yang diberikan oleh wanita sebagai penyokong setia kepada BN.

No comments:

Post a Comment