Oleh : Media PRIBUMI'S
KOTA KINABALU : Pertubuhan
Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI'S)) mengambil ketetapan untuk menyokong serta
membantu memenangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.
Timbalan Presidennya, Dato Ruddy Awah berkata,
keputusan itu diambil setelah melihat senario politik semasa kerajaan Barisan
Nasional (BN) untuk meneruskan transformasi pembangunan di negeri ini.
Kita akan bantu BN
mendapatkan semula mandat daripada rakyat. Kita akan berusaha membantu semua
komponen BN di negeri ini. Kerajaan tidak pernah meminggirkan hak rakyat untuk
terus diberi pembelaan dalam memajukan diri dengan memperjuangkan kepentingan
mereka.
Pribumi's di peringkat pusat
akan buat program jelajah di seluruh negeri. Pemimpin Pribumi's di peringkat
negeri juga akan membuat kempen kesedaran khususnya kepada masyarakat Pribumi
yang masih ketingalan agar hak keistimewaan kita ini dapat terus dipertahankan,"
katanya.
Beliau menyatakan demikian
kepada pemberita, ketika ditemui di Daya Kinabalu Hotel selepas diminta
mengulas ketetapan Pribumi’s dalam menyatakan sokongan terhadap mana-mana parti
politik menjelang PRU 13. Hadir sama, Timbalan Ketua Penerangan Afidah Bujang.
Terdahulu, Ruddy yang berbangsa Dusun Cino Kimarangang mengajak
Pribumi agar tidak terpedaya dan terpengaruh untuk menyokong pembangkang yang kononnya akan membela
Pribumi di negeri ini.
Beliau juga berkata, dengan
pelbagai kepincangan pembangkang yang didedahkan terutamanya melibatkan Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya orang gila yang akan menyokong
pakatan pembangkang.
No comments:
Post a Comment