JUMLAH rakyat Filipina yang
lari daripada Sabah ekoran krisis antara kerajaan Malaysia dan 'Tentera Diraja
Sulu' kini mencecah angka 4,771, lapor Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko
Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina.
Menurut NDRRMC, sehingga
semalam, keseluruhan 944 keluarga sudah meninggalkan Sabah menuju ke Basulta
(Basilan, Sulu and Tawi-Tawi) dan dibantu oleh kerajaan republik itu, lapor
InterAksyon.
Daripada jumlah itu, seramai
2,861 orang dewasa dan 1,860 lagi kanak-kanak. Ia dijangka meningkat ekoran
krisis yang bermula di Lahad Datu itu masih belum selesai.
Kerajaan Malaysia juga terus
memburu, termasuk mereka yang disyaki menyokong kumpulan Jamalul Kiram III itu
atau individu tanpa pengenalan diri.
Manila menyediakan enam
sekolah di Bongao, Tawi-Tawi, untuk menampung kebanjiran warga mereka yang
pulang dari Sabah. Setiap sekolah mampu memuatkan 60 anggota keluarga. (MKINI)
No comments:
Post a Comment