Sunday 31 March 2013

MENUKAR KERAJAAN TINDAKAN MERUGIKAN







BANTU..... Azizah dibantu Munah (dua kanan), menyampaikan buah tangan berupa hamper kepada Jusina sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah program Jelajah Sayang di Kg Sg Labuan Kuala Penyu. Turut kelihatan Raymond (kanan) dan Jumat (kiri).

Oleh : ABU BAKAR ESAH

KUALA PENYU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan bahawa tindakan menukar kerajaan yang mempunyai rekod cemerlangan akan merugikan negara dan rakyat.

Beliau berkata penduduk tidak harus memperjudikan kesejahteraan dan masa depan negara kepada sebuah kerajaan baru yang belum pasti mampu mentadbir dengan baik serperti apa yang telah dibuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

“Kerajaan yang ada sekarang mempunyai rekod pentadbiran yang cemerlang. Kerajaan telah berjaya membangun negara dan sentiasa prihatin untuk menjaga kebajikan rakyat secara berterusan. Kerajaan BN menunaikan tanggungjawab terhadap semua penduduk tanpa diskriminasi.
Justeru itu kita tidak perlu tukar kerajaan kerana ianya adalah satu tindakan yang amat merugikan negara dan dikhuatiri kesejahteraan yang kita nikmati selama ini akan tergadai,” katanya pada program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita Umno Bahgaian Beaufort di Tadika Pen Yu Kg Sungai Labuan, di sini baru-baru ini

Turut hadir, Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih, Ketua Daerah Kuala Penyu, OKK Raymond Insi, KDM Sitompok Jumat Isnin, Ketua Penerangan Wanita Umno Beaufort, Munah Jikri, Guru Tadika selaku tuan rumah, Jusina Kok dan Mantan Naib Ketua Cabang PKR Beaufort.

Azizah yang juga wakil rakyat Dun Klias menyatakan keyakininnya bahawa rakyat masih sayangkan BN dan akan memberi mandat yang lebih besar kepada BN untuk terus mentadbir negara ini berdasarkan penerimaan rakyat terhadap BN semakin meningkat.

Beliau berkata rakyat telah menilai bahawa kerja yang dilaksanakan BN bertambah baik sejak Perdana Menteri, datuk Seri Najib Tun Razak menerajui pemerintahan.

“Kita mempunyai pemimpin yang baik dan sayangkan rakyat. Rakyat memerlukan pemimpin yang bijak mentadbir negara dan tahu menjaga kepenting rakyat. Kita mahu pemimpin yang sentiasa mendengar denyutan nadi rakyat yang telah menjadi agenda utama BN di bawah pimpinan Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu Raymond dalam ucapannya berkata, Azizah selama menjadi wakil rakyat BN tidak pernah meminggirkan penduduk malah sentiasa bekerja keras untuk membela semua penduduk tanpa diskriminasi.

Pada majlis itu Azizah menyampaikan sumbangan kepada penduduk warga emas.

No comments:

Post a Comment