Oleh : QOMARON
SAYA tahu agensi perisikan
Singapura, Indonesia, Filipina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas
panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint
operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang telah
menceroboh kedaulatan negara.
Malaysia sudah memberikan
peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke
200 orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas
ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.
Inspektor 17992 Zulkifli B.
Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila
berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.
Zulkifli yang merupakan
ketua pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan
dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala
Allahyarham.
Koperal 113088 Sabarudin B.
Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat,
maka gugurlah kedua perwira bangsa.
Rupanya pasukan peninjau
polis yang menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah
dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.
Tanpa ketiadaan ketua pasukan,
anggota lain terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah
jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung
ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.
Pengganas juga menganianya
wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.
Wira-wira polis ini yang
berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut
untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat
dihidu.
Pengganas yang bersenjatakan
raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga
bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.
Yang tinggal hidup, hanya
nyawa-nyawa ikan.
Ketika ini, musuh menerpa
dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah
polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di
ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua
tangannya.
Yang sialnya, akhbar
Filipina yang menyokong pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan
penyokong Kiram sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.
Senarainya kecederaan dan
penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga maruah
mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau anda
membaca…anda akan berdendam.
Saya sendiri tidak tahu,
tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi
berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.
Yang anehnya, ada juga
penyokong pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa
saya buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan
kotor di atas komentar rakyat mereka ini.
Operasi Daulat
Saya memohon maaf kerana
tidak dapat update setiap butiran operasi. Ingin saya melahirkan rasa kesal
kepada sebahagian besar pembaca saya yang tidak sabar dan terlalu banyak
mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih tahu.
Mereka beranggapan perang
seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.
Saya pula memilih jalan
selamat untuk menantikan satu tindakan konkrit yang saya tahu pasti akan
berlaku sedangkan setiap hari maklumat dari medan tempur masuk ke dalam talian
saya setiap jam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para kontek saya
dan juga kepada Anak Sabah yang menjadi mata dan telinga saya di negeri itu.
Maklumat-maklumat ini pula
tidak dapat saya siarkan kecuali kerana tidak ada siapa yang boleh mengesahkan
data yang saya terima, dan saya pula tidak mahu menganggu operasi yang sedang
dijalankan termasuk menyebarkan khabar yang tidak benar.
Malaysia Buktikan Keupayaan
Melaksanakan Joint Operation
Operasi Daulat dimulakan
dengan serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia
(TUDM) ke atas Ground Zero pada jam 0700
Ia diikuti dengan tembakan
dari mortar 81mm, mesingan berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan
PGA, VAT69, Para 10, serta unit khas lain.
Bagi saya, serangan jet-jet
ini lebih kepada “Power Projection” oleh Malaysia kepada negara jiran padah
apabila kita hilang sabar dan menunjukkan kemampuan bajet operasi ketenteraan
negara apabila berlaku situasi kecemasan.
Ia juga adalah bukti
kemampuan negara untuk melaksanakan Joint atau Combined Force Operation yang
menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi
kerajaan lain.
Negara-negara jiran lain
secara teorinya mungkin ada kemampuan untuk membuat “Combined Force Operation”
ini tetapi belum pernah dibuktikan secara nyata kecuali dalam latihan.
52 Pengganas Sulu Terbunuh
Sehingga Artikel Ini Ditulis Pada 8 Mac
Apabila kita hilang sabar,
inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama
pertempuran bermula.
Pengganas ini menyangka
mereka sedang berperang dengan askar-askar Filipina, mereka lupa, mereka sedang
berhadapan dengan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja.
Saya sendiri menyaksikan
gambar-gambar kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam
lubang), tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan gambar ini,
ia akan disiarkan dalam sebuah blog lain.
Serangan Pengganas Tidak Ada
Koordinasi
Maklumat tidak rasmi yang
saya terima, pengganas-pengganas ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di
mana sekitar 200 dari mereka berada di Lahad Datu.
Bakinya dipecahkan ke enam
daerah yang lain termasuk Semporna.
Ramai yang mempertikaikan
keberkesanan sistem jammer atau kenderaan Electronik Warfare yang kita ada
iaitu CommJam Fuch 6×6 hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat panggilan
telefon ke Manila.
Bagaimana kejayaan sistem
ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk
menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungku, Kinabatangan,
Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.
Sejak awal rakyat dibawa
menumpukan perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada masa yang sama pasukan
tentera di atur gerak ke tempat lain.
Kegagalan rakyat dan pembaca
memahami bagaimana operasi tentera dijalankan memang saya sudah jangka kerana
rata-rata, banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan sesuatu
aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.
Pengganas Merayu Minta
Gencatan Senjata
Kelmarin media-media di
Filipina dan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini
untuk mendatangkan kerosakan yang besar kepada pasukan keselamatan negara kita.
Tajuk-tajuk seperti 'Experience
versus Fire Power' disiarkan dan mengangkat pengganas Sulu ini seperti pahlawan
yang tidak terkalah.
Bongkaknya elemen dengki dan
cemburu di negara-negara dunia ketiga ini dihancurkan dengan rayuan ketua
pengganas sendiri yang memohon ehsan dan belas dari pasukan keselamatan
Malaysia.
Kalau kelmarin mereka
bongkak, hari ini Ketua Pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan
senjata dari Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri
Najib semalam menegaskan, serah senjata tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang
berhadapan dengan negara berdaulat.
No comments:
Post a Comment