Sunday, 24 October 2010

APA KELAYAKAN ROSNAH NILAI YONG?



Oleh: SUNAR TUMIRAN

AGAK MALANG sekali nasib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang terpaksa melakukan ‘homework’ sekali lagi di PRK Batu Sapi selepas berbuih-buih mulut berucap untuk membuat pesanan terakhir kepada rakan- rakannya ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, untuk turut sama rakan sayap yang lain mempertahankan PUTRAJAYA.

Selepas sahaja ROSNAH keluar dari perut kapal terbang dari Kuala Lumpur tidak dapat tidak beliau tergamam seketika ketika mendapat tahu bahawa PRK Parlimen Batu Sapi bukan calang-calang calon yang bakal mencabar BN dalam PRK itu, tidak lain dan tidak bukan Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, mantan Ketua Menteri Sabah.

Lantaran itu, Rosnah dalam keadaan mengelabah dan sifat yang ketidak tentuan terus sahaja mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal dan fikiran lantas menuduh Datuk Yong seorang pemimpin yang telah berada dalam banyak parti, selalu melompat-lompat, berbelit-belit dan tidak berpendirian selain selalu membuat kenyataan berbeza-beza.

Selain itu Rosnah dipetik sebagai berkata, “Semua orang tahu siapa Teck Lee dan bagaimana dia berperanan sebagai seorang individu yang gemar mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri sendiri,” katanya.

Rosnah yang juga Ahli Parlimen Papar memberitahu bahawa peribadi Teck Lee sendiri telah menjadi bukti bahawa dirinya tidak layak bergelar pemimpin.

Berdasarkan kenyataan Rosnah itu telah dapat dibayangkan bahawa Rosnah dalam keadaan cemas dan panik bercampur kecewa kerana sudahlah berhempas pulas sehingga berbuih-buih mulut berpidato di PWTC untuk menyakinkan orangnya, rupa- rupanya ada lagi satu masalah yang timbul yang bakal mencalar kekuatan UMNO-BN di Parlimen Batu Sapi.

Isu lompat melompat sebenarnya bukan mengena sasarannya kepada Datuk Yong kerana Yong tidak melompat tetapi menubuhkan SAPP setelah kepimpinan PBS pada tahun 1994 kerana Tan Sri Pairin menyingkir beliau. Apakah itu melompat namanya?

Atau kemungkinan Datuk Rosnah cuba pula menyindir rakan-rakannya dalam UMNO yang lain yang pernah ‘melompat’ dari parti lain ke UMNO pada tahun 1994 yang mungkin tidak disenangi Rosnah tapi tidak berani berterus terang. Siapa tahu?

Mengenai dakwaannya kepada Yong dengan berkata, “Dia adalah seorang yang cukup terkenal di negeri Sabah sebagai seorang ahli politik yang pandai mengambil kesempatan atas kesempitan,” sekali lagi Rosnah menunjukkan sesak nafasnya dan kecelaruan fikirannya kerana jarang manusia bertindak pantas jika keadaan tidak memerlukan seseorang itu bertindak cergas.

Sebenarnya, Yong bukan mengambil kesempatan tetapi sebenarnya UMNO-BNlah yang yang senantiasa mengambil kesempatan di kala rakyat Sabah bergolak sesama sendiri dalam krisis PBS dalam tahun 1994 yang memaksa kerajaan PBS ketika itu tumbang kerana ketiadaan majoriti yang cukup untuk meneruskan kerajaan gara gara beberapa pemimpin (Adun) PBS berhijrah ke UMNO-BN (konon ada ganjaran tapi tidak pasti).

Jadi, sila Datuk Rosnah pertimbangkan di sini siapa sebenarnya yang mengambil kesempatan dalam kesempitan. Apakah Yong atau UMNO-BN.

1 comment:

  1. itulah politik.sama ada yg mengata atau dikata, masing-masing punya agenda yg lebih kpd poket sendiri.bukan untuk rakyat sabah yg sudah lama banyak hilang hak 20 perkaranya.sekarang nilah masanya untuk menekan pusat, untuk tuntut persamaan hak rakyat dari segi elaun dll, malangnya apabila yb2 dah dpt kontrek juta2, dpt tanah pesisir pantai,dpt kwsn balak,dpt bini2 baru dari malaya,terus lupa tanggungjawab kpd rakyatnya.

    ReplyDelete