Oleh: MAIL MATHEW
SEORANG kontraktor bumiputera kelas F, Johanes bin Ampus @ Amburus, 30, menolak dakwaan Lasan bin Tandau, 45, dalam laporan kenyataan beliau pada Selasa mengatakan berlaku unsur-unsur penipuan dalam proses pengundian berkomputer untuk projek program bantuan rumah (PBR) kawasan DUN Kemabong yang diadakan di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS) pada ogos lalu, adalah tidak benar dan mengelirukan.
Tegasnya, malahan ramai yang bersetuju dan tidak membantah apabila sistem ini diperkenalkan dalam satu taklimat khas sebelum sesi pengundian berkomputer dijalankan di urusetia kecil Kemabong yang dihadiri seramai 72 orang tetapi proses pengundian perlu dilaksanakan di PPNS Kota Kinabalu disebabkan peralatan itu berada di situ dan masalah kepakaran kakitangan yang mengendalikannya.
“Kami menyambut baik langkah seperti itu kerana bukan sahaja dirasakan ada ketelusan tetapi ia tidak mungkin akan berlaku pilih kasih sepertimana jika dilaksanakan secara ‘manual’ yang senantiasa diulit keraguan dan cemuhan para kontraktor kepada Pegawai penjawat Awam,” tegas Johanes ketika memberitahu Sabahkini.net bagi mengulas kenyataan Lasan Bin Tandau melalui artikel bertajuk ‘TENDER BERKOMPUTER SAH’ yang tersiar pada isnin, 18 Oktober 2010.
“Walau pun kami hanya seramai 24 orang kontraktor yang menghadiri pengundian itu termasuk saya sendiri, namun kontraktor seramai 72 orang sudah juga terdaftar dan tergolong nama mereka dalam sistem pengundian itu, tetapi bukan sebaliknya seperti yang didakwa Lasan,” tambahnya lagi sambil menyifatkan tindakan Lasan itu sebagai kecewa dan marah kerana terdorong oleh emosinya yang tidak terkawal.
Dalam pada itu, penjelasan Setiausaha Kerajaan Negeri atas nasihat Peguam Besar Negeri sepertimana yang dijelaskan oleh Penolong Pegawai Daerah Kemabong dapatlah meyakinkan kepada para kontraktor yang telah berjaya dan telah menerima perlantikan melaksanakan kerja tidak akan terganggu mahun teragak-agak untuk memulakannya.
Johanes seterusnya menegaskan bahawa kelibat segelintir kontraktor yang seolah-olah menekan kerajaan khususnya Pegawai Penjawat Awam supaya mengikut rentak dan kemahuan mereka tidak harus dilayan kerana gara-gara mereka kerajaan pula menjadi mangsa cemuhan rakyat dan seterusnya pihak pembangkang.
“Kita harap Lasan dan mungkin ada lagi rakan rakannya yang menjadi dalang dalam kemelut ini agar terus menerima penjelasan Setiausaha Kerajaan Negeri yang tidak menghalang projek itu diteruskan berdasarkan cabutan pengundian berkomputer boleh diterima pakai,” kata Johanes.
Difahamkan bahawa sebelum pengundian dijalankan satu sesi taklimat telah dijalankan oleh Penolong Pegawai Daerah kecil Kemabong kerana rasional di sebalik memilih menggunapakai sistem pengundian berkomputer disebabkan kaedah ini adalah kaedah yang telah disarankan sebagai garis panduan pelaksanaan PBR yang dikeluarkan oleh ICU, JPM dan juga adalah bertujuan untuk memuaskan hati semua pihak.
Persoalan lain oleh kumpulan penentang bahawa mengapa ia dijalankan pengundian itu di PPNS Kota Kinabalau, kerana pihak PPNS tidak mempunyai kemampuan kakitangan untuk datang ke Kemabong untuk melakukan pengundian, termasuk penjimatan kos yang mendorong supaya proses pengundian itu ada baiknya dijalankan terus di PPNS.
Berikutan dengan bantahan kumpulan itu, difahamkan pihak pelaksana telah meminta pandangan dari beberapa pihak termasuklah Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah, yang telah memberi pandangan positif dan mengesahkan bahawa kaedah pengagehan projek sedemikian adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kemajuan Luarbandar dan Wilayah (KKLW) dan juga Intergration Coordinator Unit (ICU), JPM.
No comments:
Post a Comment