SAMBUT….Kurup disambut penduduk di Pekan Pensiangan diiringi Ketua Anak Negeri (KAN) Zainudin Ampat Tahol.
Oleh: ROZIE JUMAT
USAHA pihak kerajaan membasmi kemiskinan di kalangan penduduk adalah sentiasa berterusan dan pelbagai agensi kerajaan turut terlibat membantu.
Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup berkata , selain E-Kasih kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita turut memberi sumbangan 1Azam kepada rakyat yang dikenalpasti.
“Inilah usaha berterusan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak henti-henti membantu rakyat yang layak dan memerlukan,” kata Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar sempena Penyerahan 1Azam Mukim Pensiangan di Pekan Pensiangan disini. Turut sama Penolong Pegawai Daerah kecil Pagalungan, Sukiang Ensing.
Kata Kurup, beliau mempunyai tekad yang tinggi untuk melihat perubahan terutamanya membasmi kemiskinan tegar di kawasan itu.
“Dalam Konvensyen BN di Kuala Lumpur yang lalu, selaku Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) saya telah menyentuh mengenai kawasan Pensiangan, dan betapa pentingnya komitmen Kerajaan Pusat untuk memberi perhatian kepada kawasan ini,” kata Kurup.
Seramai 169 penerima 1Azam di kawasan itu menerima antara RM100 sehingga RM1,000 seorang.
“Azam Akhiri Zaman Kemiskinan atau program 1Azam bukan retroik semata-mata, atau sekadar kata-kata, ia adalah usaha kerajaan membantu golongan miskin tegar berhadapan dengan cabaran,” kata Kurup.
Kata Kurup, kerajaan Persekutuan membantu rakyat dengan pelbagai cara oleh agensinya.
No comments:
Post a Comment